Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah terima dengan hati terbuka: Hajiji
Published on: Thursday, April 06, 2023
Published on: Thu, Apr 06, 2023
Text Size:
Text:
Sabah terima dengan hati terbuka: Hajiji
Hajiji dan Azis
Kota Kinabalu: Keputusan Kabinet Kerajaan Persekutuan untuk menyahklasifikasi laporan akhir siasatan nahas pesawat Sabah Air yang mengorbankan Ketua Menteri Tun Fuad Stephens bersama beberapa menteri Kabinet negeri pada 1976, merupakan satu kelegaan, kata Datuk Seri Hajiji Noor.Ketua Menteri berkata langkah itu memberikan kelegaan kerana ia akan merungkaikan apakah sebenarnya terjadi pada hari yang menyaksikan 11 orang terkorban dalam nahas itu.

Advertisement
“Satu kelegaan bukan sahaja kepada keluarga mereka yang terkorban dalam nahas pesawat itu tetapi juga kepada rakyat Sabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Hajiji berkata kerajaan negeri akan menerima dapatan di dalam laporan nahas itu yang dikenali sebagai “Double Six” kerana ia berlaku pada 6 Jun, 1976 dengan hati yang terbuka.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pada Rabu, laporan itu telah dinyahklasifikasikan menurut Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) dan akan didedahkan kepada  umum pada minggu hadapan.

Sementara itu Ketua Penerangan Parti Warisan (Warisan) Datuk Azis Jamman berkata parti itu berterima kasih dengan Kerajaan Persekutuan kerana bersetuju untuk menyahklasifikasikan laporan itu dan meredakan persoalan yang berlegar dalam kalangan rakyat Sabah mengenai tragedi itu.

Advertisement
Beliau berkata pengumuman Anwar mengenai laporan itu pada Rabu adalah sesuatu yang dialu-alukan kebanyakan warga Sabah yang menanti laporan itu berdekad-dekad lamanya dan akan menghentikan persoalan juga spekulasi tentang nahas Sabah Air itu.

“Ramai rakyat Sabah masih ingat hari tragedi berkenaan dan sejak itu mereka telah bertanya apakah punca nahas tersebut. Persoalan dan spekulasi lazimnya muncul semasa hari memperingati mereka yang terkorban dalam nahas itu yang diadakan di Sembulan, katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here