Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Perkenal tarikan Sabah melalui buku aktiviti kanak-kanak
Published on: Sunday, April 09, 2023
Published on: Sun, Apr 09, 2023
Text Size:
Text:
Perkenal tarikan Sabah melalui buku aktiviti kanak-kanak
RACHEL (kiri) memberi penjelasan mengenai buku Adventures of Kondiu dan Odu kepada Joniston.
Kota Kinabalu: Sebuah syarikat penerbitan filem yang berpangkalan di Sabah menghasilkan sebuah buku aktiviti kanak-kanak yang memaparkan pelbagai tarikan dan aktiviti menyeronokkan di kawasan Kudat.

Vinoun Films mereka bentuk buku panduan mewarna berbentuk pendidikan itu bagi Rajawali Homes di Kota Marudu. Buku ini adalah hadiah percuma bagi kanak-kanak yang menginap di hotel itu bersama keluarga mereka.

Advertisement
Selain itu, dua watak burung utama yang memakai pakaian tradisional Kadazandusun juga dipaparkan di seluruh buku ini. Watak-watak itu dipanggil Kondiu, yang bermaksud helang dalam bahasa Kadazandusun, dan Odu (nenek).

Baru-baru ini, pasukan yang diketuai oleh pengasas bersama Rachel Ongkili bertemu dengan Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Datuk Joniston Bangkuai untuk memperkenalkan buku mereka Adventures of Kondiu dan Odu dan meneroka peluang kerjasama masa depan dengan Pelancongan Sabah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam taklimatnya, Rachel menjelaskan bahawa buku itu adalah tawaran hotel yang direka untuk memperkayakan waktu penginapan keluarga yang menerokai wilayah utara Sabah.

Buku aktiviti itu merujuk kepada beberapa tempat menarik sepanjang perjalanan dari Kota Belud ke Kudat melalui permainan dan ilustrasi, tambahnya.

Advertisement
“Kami mahu berhubung dengan hotel lain untuk melihat sama ada mereka mahu menempatkan buku aktiviti sebegitu di dalam premis mereka kerana kami mempunyai rancangan untuk melebarkan sayap ke Bahagian Pantai Barat, Bahagian Pedalaman dan Bahagian Pantai Timur.

“Kami juga sedang mempertimbangkan untuk menghasilkan animasi kanak-kanak dan memperkenalkannya kepada dunia atau dalam industri permainan. Dengan cara ini kami berharap dapat menyebarkan kesedaran mengenai bahasa dan budaya orang asal kita,” kata Rachel, sambil menambah bahawa watak Kondiu dan Odu didaftarkan sebagai harta intelek Vinoun Films.

Advertisement
Joniston, yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, memuji karya kreatif Vinoun Films, mengatakan bahawa penampilan budaya Sabah melalui animasi dan buku boleh membawa perubahan positif kepada masyarakat tempatan, selain membantu memelihara dan mempromosikan identiti budaya Sabah.

“Saya melihat penghasilan filem animasi dan buku berpotensi untuk merangsang pertumbuhan ekonomi di Sabah, kerana ia mencipta peluang pekerjaan, menggalakkan pelancongan dan mempromosikan perniagaan tempatan.

“Produksi ini boleh membantu meningkatkan kesedaran dan mendidik orang ramai tentang budaya Sabah dan ciri-ciri uniknya. Ini khususnya penting bagi kanak-kanak yang mungkin tidak mempunyai peluang untuk belajar mengenai warisan budaya mereka.

“Saya percaya melalui animasi dan buku, pelukis dan penulis tempatan dapat mengekspresikan diri secara kreatif dan mempamerkan bakat mereka. Ini boleh membawa kepada pengiktirafan dan peluang lebih besar untuk individu ini, di samping identiti budaya yang lebih kukuh untuk Sabah secara keseluruhannya,” katanya.

Joniston juga melahirkan harapan untuk melihat perkembangan watak animasi yang mewakili semua kumpulan etnik Sabah, dan Pelancongan Sabah tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang boleh membantu meningkatkan profil negeri melalui pelancongan pendidikan dan kebudayaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here