TAWAU: Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah (JAS) mengambil tindakan mahkamah ke atas tiga kilang kelapa sawit di daerah ini selepas gagal mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974).Pengarah JAS, Amirul Aripin berkata, jumlah denda keseluruhan bagi kesalahan yang dikenakan ke atas tiga kilang tersebut adalah RM70,000 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Tawau pada 6 April lalu.
Menurutnya, kes pertama membabitkan dua pertuduhan di bawah Seksyen 16(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) kerana gagal mematuhi syarat lesen, iaitu pelepasan efluen melebihi kepekatan ditetapkan bagi parameter oksigen biokimia yang diperlukan (BOD 3 hari) dan parameter pepejal terampai.
Advertisement





