Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lelaki ditemui maut, wanita tidak sedarkan diri dalam kereta
Published on: Sunday, April 09, 2023
Published on: Sun, Apr 09, 2023
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Lelaki ditemui maut, wanita tidak sedarkan diri dalam kereta
Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat orang awam mengenai kejadian itu pada jam 9.10 pagi. Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku jam 9 pagi itu melibatkan lelaki yang juga pemegang dokumen IMM13 berusia 40 tahun, dan wanita tempatan, 25.
SEMPORNA: Seorang lelaki warga asing ditemui maut, manakala seorang wanita tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta di hadapan deretan kedai di tepi stesen bas pekan Semporna, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat orang awam mengenai kejadian itu pada jam 9.10 pagi.

Advertisement
Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku jam 9 pagi itu melibatkan lelaki yang juga pemegang dokumen IMM13 berusia 40 tahun, dan wanita tempatan, 25.

“Pihak perubatan Hospital Semporna mengesahkan lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian, manakala mangsa wanita dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut dan kini dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan media, Sabtu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mohd Farhan berkata, keluarga kedua-dua mangsa sudahpun dimaklumkan tentang kejadian itu dan punca kematian belum dipastikan sehingga proses bedah siasat dijalankan.

Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), katanya.

Advertisement
Terdahulu, tular gambar dan rakaman suara di media sosial berkenaan insiden tersebut yang mengatakan suami isteri meninggal dunia selepas tidur di dalam kereta dengan penghawa dingin terpasang sehingga pagi. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here