Kota Kinabalu: Seorang lelaki didakwa menikam isterinya sehingga mati dipercayai kerana cemburu, di gerai sayur di Jalan Pahlawan di Kepayan, di sini, Sabtu lepas.
Mangsa berusia 38 tahun itu yang bekerja di sebuah kedai kopi dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di mana dia disahkan meninggal dunia akibat kecederaannya susulan kejadian 1.30 tengah hari itu.
Pemangku Ketua Polis Bandaraya Supt Kalsom Idris berkata, penemuan awal mendapati wanita itu sedang membantu kakaknya di gerai sayur
itu ketika dia didatangi lelaki berkenaan.
Lelaki itu menikamnya berkali-kali di belakangnya sebelum melarikan diri.
Wanita yang cedera parah itu dikejarkan ke hospital dengan ambulans tetapi meninggal dunia pada jam 2.21 petang.
Lelaki itu ditahan lewat hari yang sama sekitar jam 8.30 malam.
Siasatan awal mendapati tindakan lelaki itu bermotifkan cemburu.
Sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu turut ditemui polis.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.