Kota Kinabalu: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) Bahagian Beaufort merancang untuk mengusahakan segala aset milik Usia di kawasan itu bagi menjana pendapatan organisasi Islam berkenaan.Ketua Bahagian Usia Beaufort, Datuk Ruslan Muharram berkata, pihaknya akan membangunkan tanah terbiar milik Usia seluas 80 ekar di kawasan ini untuk pertanian ataupun penternakan.
Katanya, usaha pihaknya itu selaras dengan Pelan Strategik Pembugaran Usia di bawah saf kepimpinan baharu yang diketuai Yang Di Pertua (YDP) Usia, Datuk Sapawi Ahmad.
Advertisement





