Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Perkis serah kutipan tabung RM120,000 kepada Aman Palestin
Published on: Tuesday, April 11, 2023
Published on: Tue, Apr 11, 2023
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Perkis serah kutipan tabung RM120,000 kepada Aman Palestin
ABD Sani (ketiga dari kiri) menyampaikan replika cek RM120,000 itu kepada Awang Suffian, sambil disaksikan Ruslan (tengah) pada majlis itu.
Kota Kinabalu: Usaha Pertubuhan Kebajikan Islam Sabah (Perkis) untuk membantu rakyat Palestin tercapai apabila sebanyak RM120,000 kutipan Tabung Kemanusiaan Palestin dikumpulkan dan diserahkan kepada Aman Palestin Berhad.

Perkis diwakili pemangku Presidennya, Abd Sani Maarif menyerahkan kutipan itu kepada Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad, Awang Suffian Awang Piut dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Promenade, di sini, Ahad lalu.

Advertisement
Majlis Ihya Ramadan dan Penyerahan Kutipan Tabung Kemanusiaan Palestin anjuran Perkis dengan kerjasama Aman Palestin Berhad itu turut menyaksikan sumbangan bantuan kepada anak yatim dan asnaf oleh Perkis.

Majlis berkenaan dirasmikan Pembantu Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharram yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam teks ucapan Ketua Menteri yang dibacakan Ruslan, beliau menyambut baik usaha murni Perkis melalui Tabung Kemanusiaan Palestin yang dicetuskan Presiden Perkis, Allahyarham Datuk Seri Lajim Ukin.

Beliau turut meminta barisan kepimpinan Perkis terus meningkatkan iltizam, kerjasama dan nilai kebersamaan tanpa mengira fahaman politik, kaum dan kedaerahan bagi membantu umat Islam bukan saja di Sabah tetapi juga di tempat lain.

Advertisement
“Saya mengalu-alukan keprihatinan semua pihak di seluruh negeri ini yang sentiasa membantu rakyat Palestin. Segala usaha dan sumbangan ini amat bermakna dan dapat membantu rakyat Palestin yang terus ditindas serta dizalimi.

 Justeru, Perkis perlu terus mengatur program bermanfaat dengan jayanya serta mencapai objektif penubuhan organisasi itu sesuai dengan nilai-nilai yang ada dalam Malaysia Madani dan Sabah Maju Jaya (SMJ),” katanya.

Advertisement
Dalam pada itu, Awang Suffian apabila ditemui berkata, kutipan tabung itu memberi manfaat besar kepada rakyat Palestin yang ketika ini amat memerlukan bantuan kemanusiaan.

Katanya, pihaknya akan menyalurkan terus kutipan tabung berkenaan kepada cawangan Aman Palestin di Gaza yang mempunyai pejabatnya sendiri dan dikendalikan sepenuhnya oleh warga Palestin.

“Kita ada pejabat cawangan di Gaza yang mempunyai pengurus serta pekerja terdiri daripada warga Palestin sendiri, dan mereka yang akan atur semua sumbangan untuk disampaikan kepada rakyat Palestin di sana.

“Lebih RM150 juta sudah disalurkan Aman Palestin Berhad sejak 2006 dan semua bantuan ini keseluruhannya adalah sumbangan rakyat Malaysia.

“Melalui sumbangan ini, kita dapat salurkan bantuan makanan, pembinaan hospital, masjid dan sekolah kepada rakyat Palestin samada di Palestin atau khemah-khemah pelarian Palestin di Lubnan, termasuk pelarian di Syria,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here