Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Polis bantuan SESB berkas pencuri kabel
Published on: Thursday, April 13, 2023
Published on: Thu, Apr 13, 2023
Text Size:
Text:
Polis bantuan SESB berkas pencuri kabel
Dua orang lelaki yang disyaki cuba mencuri kabel milik sebuah syarikat telekomunikasi berjaya diberkas oleh pasukan Polis Bantuan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB). 
Kota Kinabalu: Dua orang lelaki yang disyaki cuba mencuri kabel milik sebuah syarikat telekomunikasi berjaya diberkas oleh pasukan Polis Bantuan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).Kedua-dua orang awam itu ditahan berdekatan dengan Condominium Bay 21, Jalan Tanjung Lipat pada 11 April, 2023 lebih kurang jam 4 pagi.
Advertisement
Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Ir. Idris Mohd Noor berkata suspek telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Menurut beliau, susulan kejadian kecurian kabel milik SESB yang berleluasa sejak kebelakangan ini, Polis Bantuan SESB telah melancarkan operasi khas iaitu Operasi Kabel Elektrik.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Intipan dan rondaan dilakukan oleh pasukan Polis Bantuan SESB di kawasan-kawasan yang dikenal pasti sering berlaku kejadian kecurian kabel milik SESB,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu. Seramai 20 anggota Polis Bantuan SESB yan diketuai oleh Pengurus Kanan Jabatan Keselamatan & Risikan, Tuan Aszman bin Jaiman terlibat di dalam operasi tersebut.
Advertisement
Idris juga turut mendedahkan pihaknya turut merampas peralatan yang disyaki digunakan untuk mencuri kabel elektrik. Sehubungan dengan itu, orang ramai boleh menghubungi SESB Careline melalui 15454, 088- 515000, Whatsapp 019- 852 5427 untuk sebarang aduan mengenai kegiatan yang mencurigakan dipepasangan milik SESB. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here