Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
KM: Tindakan nyahklasifikasi laporan Double Six satu kelegaan
Published on: Thursday, April 13, 2023
Published on: Thu, Apr 13, 2023
Text Size:
Text:
KM: Tindakan nyahklasifikasi laporan Double Six satu kelegaan
Hajiji berkata keputusan itu dibuat demi kepentingan keluarga mangsa serta pandangan rakyat Sabah yang mahukan maklumat terperinci mengenai kejadian itu.
KERAJAAN Negeri akan menerima dapatan di dalam laporan akhir mengenai nahas pesawat “Double Six” dengan hati terbuka, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata keputusan Kabinet Persekutuan untuk menyahklasifikasikan laporan akhir mengenai nahas yang mengorbankan 11 orang, termasuk pemimpin Kerajaan Negeri Berjaya, Tun Fuad Stephens, pada 1976 merupakan satu kelegaan.

Advertisement
“Ini adalah satu kelegaan kerana ia akan merungkaikan apakah sebenarnya terjadi pada hari nahas terjadi. Satu kelegaan bukan sahaja kepada keluarga mereka yang terkorban dalam nahas pesawat itu tetapi juga kepada rakyat Sabah,” katanya dalam satu kenyataan pada 5 April. Ketua Menteri berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai keputusan Kabinet Persekutuan membenarkan penyahklasifikasian dokumen itu yang tidak dihebahkan selama 47 tahun.

“Kerajaan Negeri akan menerima dapatan di dalam laporan itu dengan hati terbuka,” katanya. Anwar berkata laporan mengenai tragedi itu yang juga digelar “Double Six” akan dinyahklasifikasikan, mengikut Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88). Laporan penuh mengenai nahas Sabah Air akan diumumkan minggu depan melalui kenyataan rasmi daripada kerajaan dan juga Kementerian Pengangkutan,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata keputusan itu dibuat demi kepentingan keluarga mangsa serta pandangan rakyat Sabah yang mahukan maklumat terperinci mengenai kejadian itu.

Anwar berkata pendedahan awam berhubung laporan itu juga selaras dengan dasar keterbukaan dan ketelusan yang diamalkan oleh Kerajaan Perpaduan. Beliau berkata, banyak persoalan ditimbulkan kerana rakyat Sabah ingin mengetahui keputusan pasukan penyiasat berhubung kemalangan itu, selepas 47 tahun berlalu.

Advertisement
“Selama ini, kerajaan memutuskan untuk tidak mendedahkannya kepada umum,” katanya. Anwar seterusnya berkata orang ramai akan mendapat akses penuh kepada dokumen itu dalam masa seminggu dan, sebahagian daripada butiran akan dikeluarkan dalam dua hari akan datang.

Beliau juga berkata kerajaan telah menerima nasihat daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) mengenai implikasi undang-undang penyahklasifikasian itu.

Advertisement
“Bagaimanapun, kami rasa kami terhutang budi kepada rakyat, lebih-lebih lagi di Sabah. Saya tidak percaya penemuan seperti ini, yang merupakan fakta dan kebimbangan keluarga, negeri dan orang ramai, harus disimpan sebagai rahsia rasmi,” tambahnya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
sabahmovingforward
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here