Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kilang kerajang tembaga siap 68 peratus: CEO
Published on: Thursday, April 13, 2023
Published on: Thu, Apr 13, 2023
Text Size:
Text:
Kilang kerajang tembaga siap 68 peratus: CEO
KEMUDAHAN pembuatan kerajang tembaga SK Nexilis di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) siap 68.8 peratus setakat Februari dan kerja-kerja adalah mengikut jadual siap sebelum akhir tahun ini.

Pegawai atasan syarikat Korea Selatan itu yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya Yi Jaehong memberi taklimat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengenai kemajuan projek itu semasa mesyuarat di Sri Gaya, Kota Kinabalu, pada 31 Mac.

Advertisement
“SK Nexilis mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Ketua Menteri kerana memudahkan pelaburan kami di Sabah,” kata Yi.

Beliau memberitahu Ketua Menteri bahawa SK Nexilis menjangkakan untuk melancarkan pengeluaran pertamanya antara September dan Oktober tahun ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Yi turut memberi taklimat kepada Ketua Menteri bahawa syarikat itu telah menggaji 500 warga tempatan untuk bekerja di kilang itu dan sehingga kini 107 graduan dan pemegang diploma Sabah kini sedang dilatih sebagai jurulatih dalam pelbagai disiplin, termasuk kejuruteraan, penyelenggaraan, pengeluaran dan logistik, antara lain, di Korea.

SK Nexilis menghasilkan 15 peratus daripada kerajang tembaga global untuk bateri kenderaan elektrik (EV).

Advertisement
Projek bernilai RM2.3 bilion yang bermula pada pertengahan 2021 itu akan mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 50,000 tan apabila siap.

Hajiji mengucapkan terima kasih kepada SK Nexilis kerana memilih Sabah untuk menubuhkan kemudahan pertama di luar negara dan memberi jaminan bahawa Kerajaan Sabah komited untuk memudahkan lebih banyak pelaburan ke negeri itu.

Advertisement
Bersama Yi ialah Ketua Pegawai Eksekutif SK Nexilis Malaysia Sdn Bhd Shin Dong Hwan.

Turut hadir Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Phoong Jin Zhe dan Setiausaha Tetap Datuk Thomas Logijin.

Pegangan 50%

PSC Samarang

diformalkan

SABAH memformalkan pemerolehan 50 peratus pegangan saham dalam PSC Samarang dengan memeterai perjanjian muktamad dengan Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) pada 4 April.

Ini susulan penandatangan Perjanjian Induk (HoA) antara SMJ Sdn Bhd (SMJSB) milik Kerajaan Negeri (SMJSB) dan PCSB pada 22 Feb di Kuala Lumpur, disaksikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Syarat-syarat Perjanjian Operasi Bersama (JOA) juga telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. PCSB akan terus mengendalikan PSC Samarang, dengan SMJSB berkhidmat sebagai rakan kongsi bukan operasi.

Ketua Menteri memuji semua pihak kerana mempercepatkan pemeteraian perjanjian ini, menambah Sabah akan mengusahakan perjanjian dan penyertaan lanjut dalam industri minyak dan gas negeri.

PSC Samarang mempunyai tujuh medan pengeluaran minyak dan gas sedia ada, iaitu Samarang, Samarang Kechil, Sumandak, Zuhal, Alab, Erb West dan Kinarut, dengan dua terminal penerima gas di Kota Kinabalu dan Labuan.

PCSB ialah pengendali dan kini memegang 100 peratus pegangan saham di bawah PSC Samarang sejak 1995 dan telah menandatangani perjanjian tambahan PSC dengan Petronas pada 2018 untuk melanjutkan operasi PSC sehingga 31 Dis 2035.

SMJSB akan menerima 50 peratus kelayakan rakan kongsi daripada pengeluaran minyak dan gas sebanyak kira-kira 36,000 tong minyak sehari (kboe/d).

Pemerolehan ini adalah perkembangan kedua penting antara PCSB dan SMJSB berikutan Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) yang ditandatangani antara Petronas dan Kerajaan Sabah pada 7 Dis 2021.

Pada 9 Jan 2023, SMJSB menandatangani HoA dengan Petronas Chemicals Group Bhd (PCGB) untuk pemerolehan 25 peratus saham dalam loji petrokimia Amonia Urea (Samur) Sabah.

SMJSB juga menandatangani perjanjian Surat Persefahaman (LoU) untuk opsyen back-in bagi Kontrak Perkongsian Pengeluaran Blok SB409 yang memberikan entiti milik Kerajaan itu sehingga 20 peratus pegangan saham setelah selesainya komitmen kerja atau penemuan komersial, yang mana lebih awal.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
sabahmovingforward
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here