Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Lelaki didakwa rogol adik ipar diperintah bela diri
Published on: Thursday, April 13, 2023
Published on: Thu, Apr 13, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki didakwa rogol adik ipar diperintah bela diri
Lelaki itu didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dan lapan bulan itu antara jam 2 petang dan 5 petang pada April 2021 dalam semak di sebuah ladang pisang di Kota Marudu.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 46 tahun diperintah membela diri atas pertuduhan merogol adik iparnya.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus membuat perintah itu untuk lelaki tersebut, selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap lelaki itu.

Advertisement
Mahkamah menetapkan 15 Jun untuk pembelaan lelaki itu.

Lelaki itu didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dan lapan bulan itu antara jam 2 petang dan 5 petang pada April 2021 dalam semak di sebuah ladang pisang di Kota Marudu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara 10 dan 30 tahun, dan sekurang-kurangnya 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan telah memanggil sembilan saksi semasa perbicaraan.

Advertisement
Timbalan Pendakwa Raya Tham Pou Jin menjalankan pendakwaan, sementara  lelaki yang ditahan reman itu tidak diwakili.

Dalam kes lain, seorang lelaki berusia 52 tahun didakwa merogol seorang remaja berusia 19 tahun.

Advertisement
Ronie Apolinario mengaku tidak bersalah atas pertuduhan terhadapnya.

Dia didakwa merogol mangsa antara 1.15 pagi dan 3 petang 3 Sept 2022 di sebuah bilik sewa di Kg Air, di sini.

Kesalahan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah melepaskan Ronie dengan ikat jamin RM15,000 dan dua penjamin tempatan yang mempunyai pekerjaan dan alamat tetap.

Mahkamah juga mengenakan beberapa syarat terhadap Ronie termasuk melaporkan diri di balai polis Membakut setiap Isnin pertama setiap bulan, pasportnya jika ada, diserahkan kepada mahkamah, tidak mengganggu saksi pendakwaan terutamanya mangsa, dan tidak memasuki kawasan Kolombong kerana mangsa tinggal di sana.

Pengurusan kes praperbicaraannya ditetapkan pada 11 Mei tahun ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here