Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
‘Terlalu banyak kelompangan’
Published on: Friday, April 14, 2023
Published on: Fri, Apr 14, 2023
By: Sherell Jeffrey
Text Size:
Text:
‘Terlalu banyak kelompangan’
Beliau berkata dengan laporan yang dikeluarkan hampir lima dekad selepas kejadian itu, ia hampir mustahil untuk mengesahkan ketepatan, kejituan dan ketelitian kaedah penyiasatan yang digunakan serta kelayakan dan integriti penyiasat.
Kota Kinabalu: Anak kepada Kapten Gandhi Nathan yang dipersalahkan atas nahas Nomad Double Six 1976 menyifatkan laporan siasatan mempunyai ‘banyak kelompangan’ di dalamnya.

Kapten Nizam Ghani, 62, kini pesara juruterbang, berkata terdapat terlalu banyak percanggahan dan kelemahan dalam siasatan yang membawa kepada banyak penegasan dan penemuan tidak betul seperti yang dilaporkan dalam laporan yang baru dinyahklasifikasi itu.

Advertisement
“Pertama, adakah masuk akal untuk membenarkan juruterbang yang tidak cekap untuk mengendali pesawat, lebih-lebih lagi ketua menteri dan VIP pada masa itu?,” soalnya merujuk kepada laporan yang menimbulkan keraguan terhadap pengalaman penerbangan bapanya.

“Dan, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tentunya pihak berkuasa yang meluluskan lesen penerbangannya (Kapten Gandhi). Jadi jika dia benar-benar didapati tidak layak untuk terbang, kenapa mereka luluskan dan keluarkan lesen? Mereka boleh menggantungnya pada bila-bila masa,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mengenai siasatan itu, Kapten Nizam berkata dalam laporan itu dinyatakan bahawa bagasi yang dimuatkan di petak bagasi belakang telah melebihi had berat yang ditetapkan bagi petak itu, dan ia menyumbang kepada kedudukan pusat graviti di luar had, bermakna di luar had operasi selamat pesawat, yang menyebabkan pesawat menegun ketika hampir mendarat kerana pesawat itu amat tidak seimbang. Juruterbang tidak dimaklumkan mengenai perkara ini dari awal. Syarikat perlu menyediakan berat dan imbangan sepatutnya dalam bentuk kepingan beban kepada juruterbang iaitu tanggungjawab pemegang AOC untuk memberikannya kepada Komander. Maklumat penting ini tidak disampaikan kepada Komander. Jika juruterbang tahu bahawa pesawatnya tidak dimuatkan dengan betul, dia tidak akan melakukan penerbangan sehingga perubahan dibuat untuk memastikan penerbangan yang selamat.

“Kenapa Lembaga Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) tidak terlibat dalam siasatan ini? Mereka adalah badan bebas yang menguruskan semua hal keselamatan pengangkutan,” katanya, merujuk kepada kehadiran hanya dua pegawai Jabatan Pengangkutan Australia antara tujuh anggota pasukan penyiasat DCA Malaysia.

Advertisement
Beliau berkata dengan laporan yang dikeluarkan hampir lima dekad selepas kejadian itu, ia hampir mustahil untuk mengesahkan ketepatan, kejituan dan ketelitian kaedah penyiasatan yang digunakan serta kelayakan dan integriti penyiasat.

“Ingat ini berlaku pada 1976 dan boleh diandaikan bahawa Malaysia tidak mempunyai set kemahiran atau kepakaran yang mencukupi dan diperlukan untuk menjalankan siasatan nahas penerbangan tanpa bantuan Australia,” kata Kapten Nizam.

Advertisement
Beliau juga berkata bahawa siasatan dengan kakitangan dari Jabatan Pengangkutan Australia tidak mungkin dibuat secara bebas memandangkan pengeluar pesawat GAF adalah milik kerajaan dan mereka mempunyai dorongan untuk menjaga kepentingan sendiri dengan membuat laporan yang mengalihkan kesalahan kepada orang lain dan bukannya pesawat itu sendiri dan GAF.

Beliau secara peribadi merasakan perkara itu memang wajar dijangkakan kerana ia BUKAN Bebas.

“Memandangkan laporan itu tidak bebas, mereka akan berusaha sedaya upaya untuk mengalihkan kesalahan kepada orang lain,” kata Kapten Nizam yang telah terbang selama lebih 40 tahun sebelum bersara pada 2020.

Beliau berkata laporan Australia mengenai nahas itu tidak mungkin memberikan sebarang jawapan kerana ia dilakukan oleh kerajaan mereka, kerana beliau merasakan ia mungkin terkompromi.

 “Ia laporan bukan bebas (Australia). Jadi saya tidak ternanti-nanti. Pengeluarnya, GAF, menyiasat dirinya sendiri.

“Kenapa penyiasat nahas Lembaga Keselamatan Pengangkutan Australia tidak dipanggil untuk melakukan siasatan bebas bagi mengetahui kenapa nahas itu berlaku?,” katanya.

The Daily Express’ award winning team of journalists presents ‘Double Six: The Untold Stories’, a documentary on the plane crash in Sabah (East Malaysia) killing the newly-elected Chief Minister of Sabah Tun Mohd Fuad Stephens, four state ministers and six others on June 6th, 1976. After 46 years the findings of the crash also known to many as The Double Six Tragedy have not been disclosed. Note: This series unravels information not previously available to the public, but does not in any way attribute blame for the crash on any party.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here