Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Mahasiswa Sabah perlu rebut pelbagai inisiatif disedia kerajaan negeri
Published on: Friday, April 14, 2023
Published on: Fri, Apr 14, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Mahasiswa Sabah perlu rebut pelbagai inisiatif disedia kerajaan negeri
Hajiji berkata bagi memastikan suara mahasiswa diberi perhatian, kerajaan Sabah juga telah menyediakan pelbagai platform untuk pelajar menyuarakan pandangan mereka antaranya menerusi penubuhan Majlis Perundingan Pelajar Sabah (MPPS) yang pertama kali diadakan pada Mei 2022. 
Kota Kinabalu: Para mahasiswa Sabah diseru agar merebut peluang melalui pelbagai inisiatif yang disediakan oleh kerajaan negeri dalam usaha memperkasakan pembangunan modal insan di negeri tersebut.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata antara aspek yang diberikan penekanan dan tumpuan oleh kerajaan negeri yang terkandung dalam hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) ialah pembangunan modal insan.

Advertisement
Justeru katanya Kumpulan Yayasan Sabah dalam hala tuju pembangunan pendidikan secara berterusan telah menawarkan pelbagai tajaan seperti Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah, Biasiswa Cemerlang Pelajar Luar Bandar, Biasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta, Dermasiswa dan Pinjaman Pengajian Tinggi.

“Saya berharap siswa siswi rebutlah pelbagai inisiatif yang disediakan kerajaan. Tanamkan azam untuk berkhidmat kembali kepada masyarakat, kerana khidmat bakti anda amat diperlukan untuk membangunkan negeri Sabah yang kita sayangi,” katanya pada majlis berbuka puasa bersama kira-kira 500 mahasiswa Sabah Zon Timur di Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu, malam Rabu lepas.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah berkata demikian dalam teks ucapannya yang disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Arif.

Hajiji berkata bagi memastikan suara mahasiswa diberi perhatian, kerajaan Sabah juga telah menyediakan pelbagai platform untuk pelajar menyuarakan pandangan mereka antaranya menerusi penubuhan Majlis Perundingan Pelajar Sabah (MPPS) yang pertama kali diadakan pada Mei 2022.
Advertisement
“MPPS mengumpulkan pemimpin-pemimpin pelajar Sabah dari seluruh IPTA, IPTS, IPG, Institut Latihan termasuk Tingkatan Enam, dan kerajaan negeri juga menubuhkan Sekretariat Mahasiswa Sabah Malaysia (Semesta) sebagai pengiktirafan kepada anak-anak muda terutamanya para pelajar,” katanya.

Menurutnya pada 2022, kerajaan negeri membelanjakan RM45 juta dalam pelaksanaan inisiatif termasuk bantuan BUDI untuk pendaftaran pelajar ke IPT, bantuan BAIK untuk pemberian komputer riba dan bantuan kepada Semesta, iaitu bantuan kewangan kepada persatuan serta kelab mahasiswa Sabah yang berdaftar.

Advertisement
Katanya lagi kerajaan negeri turut memperuntukkan sejumlahRM16.2 juta dalam Belanjawan 2023 untuk pelaksanaan program-program belia bagi melahirkan kepimpinan belia yang berkualiti.

“Harapan kita agar dapat melahirkan mahasiswa yang bukan hanya berjaya dalam bidang akademik semata-mata, tapi juga pada masa yang sama memiliki sahsiah perilaku diri yang baik,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here