Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tindakan perlu supaya tidak membebankan tabung negeri: Hajiji: Beberapa entiti diteliti untuk distruktur semula
Published on: Saturday, April 15, 2023
Published on: Sat, Apr 15, 2023
Text Size:
Text:
Tindakan perlu supaya tidak membebankan tabung negeri: Hajiji: Beberapa entiti diteliti untuk distruktur semula
Hajiji disambut pengamal media ketika tiba pada majlis itu.
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri tidak akan teragak-agak untuk merombak mana-mana agensi tidak berprestasi atau syarikat berkaitan kerajaan.

Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor berkata mereka sedang dalam proses meneliti beberapa entiti untuk penstrukturan semula.

Advertisement
“Ini adalah perlu supaya ini tidak membebankan tabung negeri,” katanya.

Beliau memuji media yang membangkitkan isu yang melibatkan negeri dan rakyat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kerajaan Negeri menghargai peranan anda dalam aspek ini dan saya pasti media akan terus mendengar dan melaporkan isu-isu berkaitan supaya tindakan boleh diambil.

“Kerajaan Negeri akan melakukan yang terbaik untuk bertindak ke atasnya,” katanya.

Advertisement
Menganjurkan majlis berbuka puasa bersama pengamal media Sabah di Shangri-La’s Tanjung Aru Resort and Spa dekat sini pada Jumaat, beliau berkata Kerajaan Negeri sentiasa memantau dan menilai semula prestasi jenteranya agar ia kekal di tahap optimum.

Beliau berkata media juga memainkan peranan penting dalam pembangunan negeri dan rakyat kerana laporan media merupakan sumber maklumat kerajaan di peringkat akar umbi.

Advertisement
“Sekali lagi kerajaan berterima kasih kepada media dalam melaporkan usaha kerajaan dahulu, sekarang dan akan datang.

“Malah semasa kekacauan politik di Sabah baru-baru ini, media adalah antara sumber maklumat utama untuk rakyat mengetahui keadaan sebenar,” katanya.

Pada masa sama, Ketua Menteri menggesa media supaya bertanggungjawab, profesional dan mematuhi etika dalam pelaporan supaya rakyat tidak keliru dan cemas.

Hajiji berkata, sepanjang bulan Ramadan, beliau telah menghadiri majlis berbuka puasa di pelbagai tempat termasuk di Semenanjung Malaysia yang disertai oleh semua kaum dan agama.

Ini jelas menunjukkan bahawa wujudnya keharmonian di kalangan rakyat berbilang kaum, agama dan budaya, yang mesti dipelihara walau apa cara sekalipun.

Bagi tujuan ini, Hajiji berkata media massa mempunyai peranan penting dalam memastikan perpaduan terus kukuh dan keamanan terpelihara dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di negeri ini.

“Kerajaan Negeri sentiasa berharap agar pihak media memberi kerjasama dengan menyediakan laporan yang positif dan seimbang selain melindungi sensitiviti agama dan kaum,” katanya.

Hajiji turut menyeru media untuk terus menyokong agenda pembangunan kerajaan khususnya Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang kini memasuki tahun ketiga pelaksanaannya.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong, pembantu menteri, Ketua Pengarang Daily Express Datuk James Sarda, Presiden Persatuan Wartawan Sabah Datuk Mugunthan Vanar, Pengerusi Persatuan Wartawan Kota Kinabalu Jimmy Goh, ketua-ketua pengarang dan ketua-ketua biro.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here