Kota Kinabalu: Pokok ikonik berusia berabad-abad di Kasigui, Penampang tidak akan ditebang untuk kerja-kerja pembesaran jalan, kata Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick.Beliau berkata isu itu telah dibincangkan oleh Majlis Tindakan Daerah Penampang Khamis lepas, sambil menambah Jabatan Kerja Raya (JKR) memberi jaminan bahawa projek itu tidak akan melibatkan penebangan lima pokok hujan di situ.
“Itu penjelasan JKR. Saya harap keputusan ini kekal,” katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah ahli Majlis Daerah Penampang yang baharu dilantik bagi sesi 2023-2025 di Hyatt Centric.
Advertisement





