Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Warga Filipina didakwa edar hampir 100g syabu
Published on: Saturday, April 15, 2023
Published on: Sat, Apr 15, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Warga Filipina didakwa edar hampir 100g syabu
Kesalahan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya itu dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau hukuman mati, dan sekurang-kurangnya 15 sebatan, jika sabit kesalahan. - Gambar Pixabay
Kota Kinabalu: Seorang warga Filipina berusia 33 tahun didakwa mengedar 99.72 gram syabu.

Nordin Hassan dibawa ke hadapan Majistret Stephanies Sherron Abbie, untuk menghadapi pertuduhan terhadapnya pada Jumaat.

Advertisement
Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada Nordin selepas pertuduhan dibacakan kepadanya, sementara menunggu laporan kimia terhadap dadah itu.

Dia didakwa mengedar dadah itu pada 11.50 malam 6 April tahun ini di kaki lima di hadapan Kedai Kopi Ming Hiong di Inanam, di sini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya itu dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau hukuman mati, dan sekurang-kurangnya 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 13 Jun tahun ini untuk sebutan dan tiada jaminan ditawarkan kepada Nordin kerana pertuduhan terhadapnya tidak mempunyai peruntukan jaminan.

Advertisement
Pendakwaan kes dijalankan oleh Inspektor Navind Kumar Vijayan manakala Nordin tidak diwakili peguam.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here