Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Warga asing nafi menyamar sebagai anggota polis
Published on: Saturday, April 15, 2023
Published on: Sat, Apr 15, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Warga asing nafi menyamar sebagai anggota polis
Kesalahan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan itu dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang warga Filipina berusia 25 tahun meminta dibicarakan bagi tuduhan menyamar sebagai anggota polis dan cuba memeriksa dokumen daripada seorang wanita.

Mohd Nor Ajjid membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun, ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan pada Jumaat.

Advertisement
Dia didakwa menyamar sebagai pegawai polis dan cuba memeriksa dokumen daripada Ruslianan Zul, pada jam 4.14 petang 3 April tahun ini di Kedai Runcit Junction Trading Manggatal, dekat sini.

Mohd Nor Ajid didakwa melakukan kesalahan itu bersama seorang subahat yang masih bebas.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan itu dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 23 Mei tahun ini untuk pengurusan kes pra-perbicaraan, dan memerintahkan Mohd Nor direman lanjut sementara menunggu kesnya diselesaikan kerana dia bukan warganegara Malaysia dan tidak mempunyai dokumen yang sah.

Advertisement
Inspektor Albert Basiri hadir untuk pendakwaan manakala Mohd Nor tidak diwakili.

Dalam kes lain, seorang lelaki berusia 43 tahun didakwa menggunakan bekalan elektrik secara tidak jujur.
Advertisement
Lim Seng Yeng mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie, kepada pertuduhan terhadapnya.

Lim didakwa secara tidak jujur menggunakan bekalan elektrik pada jam 3 petang pada 6 April tahun ini di sebuah rumah di Taman Nelly Fasa 8B di Jalan Nountun Inanam, dekat sini.

Kesalahan di bawah Seksyen 37(3)(c) Akta Bekalan Elektrik 1990 itu boleh dihukum di bawah Seksyen 37(3)(A)(i) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda antara RM1,000 dan RM50,000, atau hukuman penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah melepaskan Lim dengan ikat jamin RM2,000 (simpanan tetap / akaun simpanan tanpa kad) dengan dua penjamin tempatan.

Pengurusan kes praperbicaraannya ditetapkan pada 28 April tahun ini.

Inspektor Navind Kumar Vijayan mendakwa kes itu. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here