Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Cadangan pindah penduduk huni tanah LPPB di Kunak masih buntu
Published on: Saturday, April 15, 2023
Published on: Sat, Apr 15, 2023
Text Size:
Text:
Cadangan pindah penduduk huni tanah LPPB di Kunak masih buntu
Noazlinah (kiri) dan Masiung (kanan).
KUNAK: Cadangan memindahkan lebih 2,500 penduduk setinggan yang menduduki tanah Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) di Kampung Bagiang dan Kunak Jaya di sini belum menemui jalan penyelesaian.Sebaiknya, perbincangan antara LPPB dan Wakil Rakyat Kunak, Norazlinah Arif menjurus kepada alternatif baharu, menyediakan dua lokasi pemindahan di Kampung Hampilan dan pasisir Sungai Kunak Jaya jika penduduk setinggan itu dipindahkan.

Advertisement
Pihak LPPB, mahukan penghuni setinggan segera dipindahkan bagi membolehkan dua tapak perkampungan setinggan berkenaan dikomersialkan.
Satu pihak lagi melibatkan, Wakil Rakyat Kunak, mahukan Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Haji Noor campur tangan bagi menyelasaikan isu tersebut.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mesyuarat di Pejabat Urusetia Kunak Rabu lalu melibatkan LPPB, diketuai Pengerusinya, Datuk Masiung Banah dan Pengurus Besar, Rosemary Ahping bersama Norazalina yang turut dihadiri Pegawai Daerah, Awang Mohd Yusoff, namun belum mencapai sebarang kata sepakat. Mesyuarat itu turut dihadiri wakil Jabatan Tanah dan Ukur daerah, Jabatan Perhutanan dan Pihak Berkuasa Tempatan sebelum mengadakan lawatan di tapak pemindahan baharu yang dicadangkan.
Advertisement
Masiung memberi jaminan, LPPB bersedia memberi kerjasama sepenuhnya jika para penghuni setinggan dipindahkan di dua lokasi baharu yang dicadangkan, iaitu Kampung Hampilan dan pesisir Sungai Kunak Jaya. “Kita menyedari akan wujud pelbagai kontroversi dalam usaha  memindahkan penduduk setinggan. Namun saya berharap ada solusi  holistik boleh dicapai menerusi perbincangan, “ jelasnya.
Advertisement
Sementara itu, Norazalinah yang ditemui di tapak cadangan pemindahan baharu setinggan itu, mahukan LPPB mendirikan rumah flat terlebih dahulu di kawasan lain, bagi menempatkan semula penduduk setinggan jika mereka dipindahkan.

Wakil Rakyat Kunak itu menuntut supaya kerajaan negeri mengekalkan status Kampung Bagiang dan Kunak Jaya sebagai rizab kampung. “Saya akan berjumpa dengan Ketua Menteri dalam masa terdekat  bagi menyelasaikan isu ini. Saya akan mengemukan cadangan supaya kerajaan menyediakan kawasan baharu untuk LPPB sebagai alternatif menggantikan dua perkampungan setinggan itu terus dikekalkan, “ jelasnya. Norazalinah heran, bagaimana LPPB memperolehi geran di tapak perkampungan tradisi itu pada tahun 1990 di Kampung Kunak Jaya dan 1998 di Bagiang sedangkan penduduk telah memohon tapak perkampungan itu sejak awal 1970.

“Saya dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Bagiang. Saya tahu usaha nenek moyang kami memohon tapak perkampungan itu dan menetap lebih awal berbanding LPPB yang hanya mendapat hak milik tanah pada awal 90an,” katanya.

Norazalinah mendakwa, pada masa kini terdapat 400 buah rumah di Kampung Bagiang dan lebih 100 rumah di Kunak Jaya telah didirikan di mana 90 peratus penduduknya adalah rakyat tempatan. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here