BEAUFORT: Syarikat konsesi yang bertanggungjawab menyelenggara jalan raya di Sabah diingatkan supaya menyegerakan pembaikan jalan rosak, terutamanya di Jalan Beaufort-Sipitang, kerana ia dikhuatiri mengundang risiko kepada pengguna jalan raya.Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah berkata, beliau menerima banyak aduan berhubung keadaan jalan yang semakin teruk itu, hingga ada sebahagian kenderaan mengalami kerosakan seperti tayar pecah, cermin hadapan retak akibat serpihan batu dan sebagainya.
“Saya bimbang sekiranya jalan berlubang dan rosak itu tidak diselenggara dengan segera, ia akan membahayakan nyawa pengguna jalan raya lebih-lebih lagi menjelang Aidilfitri ini.
Advertisement





