Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kumpulan pekerja lewat dibayar gaji serang subkontraktor 
Published on: Monday, April 17, 2023
Published on: Mon, Apr 17, 2023
Text Size:
Text:
Kumpulan pekerja lewat dibayar gaji serang subkontraktor 
Gambar kanan: Insiden serangan yang tular di media sosial. Phoong yang kini dalam lawatan kerja di China melahirkan kebimbangan yang mendalam selepas melihat video tular yang memaparkan pertelingkahan berlaku di KKIP.
Kota Kinabalu: Perbalahan tercetus antara subkontraktor dan pekerja binaan di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) berikutan kelewatan pembayaran gaji pada Sabtu.

Insiden itu berlaku pada 1.15 tengah hari dan dirakam dalam video, yang tular di media sosial, menunjukkan sekumpulan pekerja di tapak itu menyerang tiga lelaki dari pihak subkontraktor.

Advertisement
“Saya menggesa semua pihak untuk tidak cuba menyelesaikan perkara melalui keganasan. Ia tidak akan membawa kepada sebarang penyelesaian. Kedua-dua pihak harus duduk dan berkomunikasi untuk mencari penyelesaian,” kata Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Phoong Jin Zhe dalam satu kenyataan.

Phoong yang kini dalam lawatan kerja di China melahirkan kebimbangan yang mendalam selepas melihat video tular yang memaparkan pertelingkahan berlaku di KKIP. Beliau berkata kejadian itu berlaku di Pejabat Shinsung E&G dalam tapak projek SK Nexilis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Seperti semua dimaklumkan, SK Nexilis sedang membina kilang untuk pengeluaran kerajang tembaga di KKIP.

“Shinsung E&G adalah salah satu sub-kontraktor di bawah Hyundai Engineering manakala Hyundai Engineering adalah kontraktor utama projek SK Nexilis,” katanya.

Advertisement
Katanya, kejadian itu berlaku berikutan pembayaran gaji tertunda oleh Shinsung E&G. Pembayaran asal sepatutnya dibuat pada 5 April, tetapi atas beberapa sebab dalaman, pembayaran telah ditangguhkan ke 18 April. Adalah dipercayai bahawa disebabkan pembayaran gaji yang ditangguhkan oleh sub-kontraktor, para pekerja sangat kecewa dan kemudian menjadi agresif apabila menuntut bayaran segera.

Lelaki yang cedera dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan. Laporan polis telah dibuat dan siasatan masih diteruskan, menurut Phoong.

Advertisement
“Saya memantau dengan teliti kejadian itu. Selepas berhubung secara peribadi dengan pelabur, SK Nexilis dan kontraktor utama Hyundai Engineering, mereka telah memberi jaminan bahawa pembayaran gaji akan diselesaikan secepat mungkin pada 17 – 18 April kepada pekerja yang terjejas. Ketua Pegawai Eksekutif KKIP, Lawrence G Kimkuan akan mengadakan pertemuan dengan SK Nexilis dan pihak berkaitan tidak lama lagi,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here