Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tetapkan harga siling untuk tiket penerbangan ke Sabah: Shahelmey
Published on: Tuesday, April 18, 2023
Published on: Tue, Apr 18, 2023
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Tetapkan harga siling untuk tiket penerbangan ke Sabah: Shahelmey
Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Hari Raya Aidilfitri di hadapan Puspakom, di sini, pada Isnin.
TAWAU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir. Shahelmey Yahya mencadangkan agar syarikat-syarikat penerbangan menetapkan satu harga siling untuk destinasi pengangkutan udara itu di Sabah bagi menangani isu harga tiket melambung tinggi yang berlaku setiap kali tiba musim perayaan.

Menurutnya, kerajaan sebenarnya sudah mengutarakan isu harga tiket mahal kepada syarikat-syarikat penerbangan agar ada mekanisme untuk mengawal kadar tambang pengangkutan tersebut agar tidak terlalu melampau.

Advertisement
“Apa yang saya difahamkan, kadar tambang tersebut adalah berdasarkan ‘automation program’ iaitu apabila permintaan terlalu tinggi, maka harga akan naik. Namun, saya mencadangkan agar program itu mengenakan satu harga siling walau setinggi mana pun permintaan untuk destinasi di negeri ini… Sepatutnya (perlu) dikenakan harga siling,”katanya.

Katanya, beliau turut mengikuti perkembangan isu harga tiket mahal yang hangat dibahas di media sosial kerana dilihat cukup membebankan rakyat, khususnya anak-anak Sabah di perantauan yang hendak pulang ke kampung halaman ketika musim perayaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Hari Raya Aidilfitri di hadapan Puspakom, di sini, pada Isnin.

Pada kempen itu, 50 topi keledar percuma diedarkan kepada penunggang motosikal bertuah yang melalui Jalan Apas serta barangan lain kepada para pemandu kereta.

Advertisement
Menyentuh kempen itu, beliau menyatakan daerah ini dipilih sebagai lokasi pelancaran kerana statistik angka kemalangan agak tinggi dalam dua tahun kebelakangan ini di Tawau apabila  lebih 1,000 kes direkodkan dan lebih 400 kes sehingga penghujung Mac tahun ini sahaja.

“Kempen ini bertujuan untuk menyedarkan pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati semasa musim perayaan kerana aliran trafik agak tinggi dan amatlah penting untuk masyarakat mengambil langkah keselamatan,” katanya.

Advertisement
Dalam masa yang sama, beliau menasihatkan orang ramai yang memerlukan perjalanan jauh untuk pulang beraya di kampung supaya memastikan kenderaan dalam keadaan baik termasuk tayar dan bateri.

“Pastikan juga pemandu berada dalam keadaan sihat dan segar. Tukar pemandu atau berehat seketika sekiranya berasa penat demi keselamatan diri, keluarga dan pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

Bagi kenderaan berat pula, beliau menggesa agar pergerakan mereka dikurangkan bagi memberi laluan atau keselesaan kepada pengguna jalan raya yang pulang menyambut hari raya bersama keluarga, memandangkan sektor perniagaan juga akan mula bercuti.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here