Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Perlu selesai isu tambang penerbangan mahal: Shafie
Published on: Wednesday, April 19, 2023
Published on: Wed, Apr 19, 2023
Text Size:
Text:
Perlu selesai isu tambang penerbangan mahal: Shafie
Shafie berkata kos penerbangan domestik di Sabah meningkat dengan ketara, menyebabkan rakyat Sabah mempunyai pilihan perjalanan terhad.
Kota Kinabalu: Isu tambang penerbangan mahal dari Kuala Lumpur ke destinasi utama Sabah pada musim perayaan adalah isu lama yang perlu diselesaikan segera, kata Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata tambang penerbangan mahal dari Kuala Lumpur ke sini, Tawau, Sandakan dan Labuan selama ini menjadi kebimbangan berterusan.

Advertisement
“Kami mengakui kos tinggi untuk operasi dan mengendalikan pesawat udara, dengan harga bahan api sentiasa meningkat.

“Bagaimanapun, pengguna memerlukan campur tangan Kerajaan dan pihak berwajib bagi memastikan harga tambang penerbangan berpatutan pada musim perayaan,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Presiden Parti Warisan dan Ahli Parlimen Semporna itu berkata kos penerbangan domestik di Sabah meningkat dengan ketara, menyebabkan rakyat Sabah mempunyai pilihan perjalanan terhad.

“Dengan keadaan jalan raya di Sabah yang rosak dan tidak selamat ketika ini, perjalanan udara menjadi satu-satunya pilihan terbaik bagi kebanyakan orang.

Advertisement
“Keadaan jalan raya ini membawa kepada peningkatan masa perjalanan, yang menyaksikan sesetengah orang mengambil masa sehingga 12 jam untuk sampai ke beberapa destinasi berbanding lapan jam biasa,” katanya.

Bagi menangani isu itu, beliau menyeru pihak berkuasa meningkatkan jumlah penerbangan antara destinasi Sabah. Beliau berkata menambah kekerapan penerbangan antara Kota Kinabalu dan Tawau daripada dua kepada tiga atau empat kali sehari boleh mengurangkan kemungkinan penumpang terlepas masa transit mereka.

Advertisement
“Kami menggesa kementerian dan pihak berwajib untuk mengambil serius isu ini dan berusaha menjadikan perjalanan udara lebih berpatutan dan mudah diakses oleh rakyat Sabah dan Sarawak.”
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here