JABATAN Air akan cuba meningkatkan pengawasan ke atas pepasangannya di sekitar Ujana Kingfisher bagi memastikan pengguna di sini tidak berdepan gangguan bekalan sepanjang sambutan Hari Raya tidak lama lagi.
Agensi ini mempunyai rumah pam dengan beberapa tangki atas tanah di sepanjang jalan masuk ke kejiranan berkenaan, serta beberapa tangki ternaik di luar sempadan di bahagian lain kawasan perumahan itu.
Jurucakap jabatan berkata setiap hartanah ini telah dipecah masuk secara berasingan sejak sebulan lalu, dengan pencerobohan terbaru berlaku di hartanah berkenaan, Sabtu lalu.
PELAKU musnah cuba mengambil beberapa lebihan bahan binaan yang terdapat di atas pantaran untuk tangki air ini.
“Pelaku musnah mengambil beberapa lebihan bahan binaan yang terletak di atas pantaran untuk tangki ternaik,” katanya.
“Beberapa penghuni menghubungi polis pada tengah hari selepas bimbang dengan aktiviti mencurigakan yang berlaku di dalam kawasan itu.
“Pelaku mesti merasakan ada sesuatu yang tidak kena dan melarikan diri kerana mereka tidak dapat ditemui apabila pihak berkuasa sampai.”
Dia berkata kakitangan jabatan kemudiannya, pergi ke hartanah itu bagi memastikan sama ada peralatan di dalamnya mengalami kerosakan.
“Semua lekapan kami, termasuk injap, masih baik dan, yang lebih penting, beroperasi seperti sepatutnya.
JURUTEKNIK jabatan menyemak semula penyelenggara ke atas injap ini di dalam perkarangan tangki.
“Bagaimanapun, rantai dan kunci pintu pagar telah hilang dan kakitangan kami mendapati kawasan itu dipenuhi semak.”
Jurucakap itu berkata agensi berkenaan akan mengatur untuk menangani masalah ini. Selain memastikan pintu masuk utama dikunci sewajarnya, katanya, semak di dalam kawasan perkarangan akan dipangkas dan rumput tinggi di luar akan dipotong.
“Ini akan memudahkan orang ramai untuk mengawasi jika terdapat mana-mana penceroboh kelak.
“Kami juga menyeru kakitangan kami untuk meningkatkan pemeriksaan ke atas hartanah itu dan mengambil kira sebarang kejadian luar biasa melibatkan pepasangan kami.”
TINDAKAN telah diambil untuk menentusahkan sama ada lekapan berkaitan air ini telah dirosakkan oleh pelaku musnah.
Dia berkata seorang pengawal keselamatan ditugaskan di rumah pam jabatan itu di Taman Kingfisher, selepas pelaku musnah menyasarkan hartanah ini bulan lepas, tanpa perlu mengganggu bekalan di kejiranan berkenaan.
Katanya, agensi itu juga sedang mengkaji strategi lain untuk meningkatkan keselamatan hartanah itu.
“Kami sedang menimbangkan secara serius kemungkinan untuk menggantikan pagar sedia ada dengan yang baharu dan dilengkapi ciri-ciri ;anti-panjat’.”
Walaupun enggan menyatakan secara terperinci “ciri-ciri: ini, jurucakap itu tidak menolak kemungkinan bahawa pagar itu mungkin dialirkan elektrik.
Kakitangan agensi itu, yang menentusahkan laporan mengenai gangguan bekalan di kejiranan di Inanam berkenaan pada 11 Mac lalu mendapati rumah pam, di luar Jalan Raja Udang, dipecah masuk.
“Penceroboh memecahkan mangga di pagar hadapan, sebelum membuat ‘lubang’ pada satu bahagian dinding di belakang bangunan,” kata jurucakap itu.
“Nasib baik pam utama atau pam ganti di dalamnya tidak rosak.
“Bagaimanapun, pencuri mengusik kabel di dalam panel kawalan dan kabel yang menuju ke perumahan ini.
“Mereka memotong kabel elektrik ini tetapi, atas sebab apa pun, mereka gagal mengambil apa-apa.”
Dia berkata, polis dimaklumkan mengenai cubaan mencuri ini dan seorang pegawai membuat pemeriksaan ke atas premis pada pagi sama.
“Juruteknik kami kemudian menggantikan kabel rosak yang membolehkan pam utama berfungsi.
“Mereka yang tinggal dan bekerja di kawasan Kingfisher mendapat semula bekalan mereka, apabila tekanan mencukupi sudah terkumpul di dalam paip yang menuju ke premis masing-masing.”
KAKITANGAN agensi itu tidak menemui apa-apa yang tidak kena pada pelantaran untuk tangki air ini.
Jurucakap itu berkata ini bukan kali pertama pencuri besi menceroboh masuk ke rumah pam Taman Kingfisher tahun ini.
Pelaku musnah berjaya mencuri kabel pada insiden sebelum ini, menurutnya.
Dia berkata penyelenggaraan kedua-dua pam itu dilakukan mengikut jadual ditetapkan.
“Ia diperiksa dua atau tiga bulan sekali. Penyelenggaraan berkala ini melibatkan memastikan panel kawalan, termasuk penderia automatik, berfungsi seperti yang sepatutnya.
“Komponen pam juga digris apabila wujud keperluan.”
Apabila ditanya berapa kerap rumput dan tumbuhan lain di dalam perkarangan untuk rumah pam dan tangki ternaik berkenaan dipotong, dia berkata kerja ini dilakukan mengikut keperluan.
“Kakitangan kami diminta untuk memaklumkan kepada kami apabila penyelenggaraan diperlukan,” katanya.