Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Gagasan Rakyat Tambunan sumbang dana untuk sekolah
Published on: Thursday, April 20, 2023
Published on: Thu, Apr 20, 2023
Text Size:
Text:
Gagasan Rakyat Tambunan sumbang dana untuk sekolah
Victor (kedua dari kanan) menyampaikan sumbangan kewangan berkenaan kepada Janius (kedua dari kiri). Oliver (kiri) dan Romanus (kanan)
Kota Kinabalu: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Tambunan akan memberikan penekanan terhadap kebajikan dan kesejahteraan pelajar di daerah itu.

Ketua Penaja Gagasan Rakyat Tambunan, Datuk Victor P. Paut berkata, untuk itu prasarana sekolah perlu lengkap bagi membolehkan pelajar dapat belajar dengan selesa.

Advertisement
“Manakala guru pula dapat memberikan pengajaran dengan penuh tumpuan dan ceria,” katanya pada penyerahan bantuan dana kepada SM ST. Martin Tampasak, Tambunan, di pejabatnya, di sini, Isnin lalu.

Sumbangan berkenaan diterima oleh pengetua sekolah St. Martin Tampasak, Tambunan Janius @Kow Rantisan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
SM ST Martin Tampasak ketika ini memerlukan dana bagi menampung kos pembelian kelengkapan bilik darjah iaitu kerusi dan meja pelajar, meja pejabat UBK dan sebagainya.

“Saya difahamkan bahawa sekolah SM ST. Martin Tampasak menerima pendaftaran kemasukan pelajar baru yang agak ramai dan tidak mampu menampungnya dengan kapasiti bilik darjah yang sedia ada.

Advertisement
“Justeru itu, saya tampil untuk membantu menyalurkan dana bagi meringankan bebanan yang dihadapi sekolah ini,” katanya.

Victor juga memuji komitmen guru-guru yang telah berusaha mencari dana sendiri untuk keperluan prasarana sekolah berkenaan.

Advertisement
“Saya dan Gagasan Rakyat Tambunan menyambut baik usaha seperti ini bagi menyediakan prasarana sekolah yang baik untuk kebajikan pelajar.

“Sudah pasti, ini akan membantu sekolah ini ke arah pencapaian akademik palajar yang cemerlang,” katanya.

Semantara itu, Janius melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Victor diatas sunbangan yang diberikan.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SM ST. Martin Tampasak, Tambunan Oliver Olang dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SM ST. Martin Tampasak, Tambunan Romanus Joannes.

Pada majlis sama, Victor turut menyampaikan sumbangan kewangan kepada Persatuan Vereran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Tambunan kepada pengerusi Persatuan itu, Oliver Wilfred Win.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here