Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
KM: Sabah mampu catat pertumbuhan berterusan
Published on: Friday, April 21, 2023
Published on: Fri, Apr 21, 2023
Text Size:
Text:
KM: Sabah mampu catat  pertumbuhan berterusan
Menurutnya, agenda Sabah Maju Jaya akan memberi manfaat kepada Sabah terutama rakyat di luar bandar agar tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan. - FOTO FMT
Kota Kinabalu: Sabah kini mampu mencatat pertumbuhan berterusan melalui pelaksanaan pelbagai program pembangunan di seluruh negeri, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor.Katanya, pelaksanaan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) misalnya, kini berada di landasan yang betul untuk membawa negeri Sabah dan rakyatnya ke hadapan melalui teras-teras utama SMJ.
Advertisement
Menurutnya, agenda Sabah Maju Jaya akan memberi manfaat kepada Sabah terutama rakyat di luar bandar agar tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan.
“Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita sentiasa komited dalam memastikan segala perancangan, dasar dan program berjalan dengan lancar,” katanya.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian dalam rakaman perutusan khas sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM), yang akan disiarkan pada hari lebaran. Katanya, beliau bangga kerana negeri Sabah yang dianugerahi kepelbagaian budaya dan kepercayaan, membolehkan kita hidup dalam keadaan aman dan harmoni serta saling menghormati antara satu sama lain.
Advertisement
“Keamanan dan keharmonian masyarakat kita telah membuka ruang yang luas untuk kita mengeksploitasi keupayaan diri dan membawa keluarga, masyarakat, negeri dan negara ke tahap yang lebih baik. “Dengan usaha ini kita akan menghakiskan segala halangan yang boleh memisahkan antara kita sebagai bangsa Malaysia”, tegasnya.
Advertisement
Hajiji berkata, Hari Raya Aidilfitri adalah hari yang ditunggu umat Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadan yang mulia dan bermulanya 1 Syawal, sebagai tanda kemenangan dalam menyempurnakan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan. Dalam menyambut ketibaan Syawal yang penuh baraqah, beliau mengajak seluruh umat Islam agar merenung kembali tahun sebelum ini dan berazam untuk melakukan yang lebih baik lagi demi kejayaan masa hadapan. “Saat ini juga adalah masanya untuk kita mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai. “Saya mendoakan terbaik untuk semua rakyat Malaysia di Sabah sempena hari yang mulia ini. “Marilah kita luangkan sedikit masa untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang tidak dapat  menyambut Hari Raya Aidilfitri ini demi berkhidmat untuk negara. “Kita juga merakamkan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan, pegawai penguatkuasa undang-undang, petugas kesihatan yang bekerja tanpa jemu, berkhidmat serta melindungi rakyat dan negara kita. “Marilah juga kita terus mengingati mereka yang memerlukan dan serba kekurangan serta mempamerkan rasa empati terhadap nasib mereka,” katanya. Bagi pihak kerajaan negeri dan keluarga, beliau mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh rakyat di negeri ini. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here