Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Projek Kotak Lebaran sasar 90 pelajar asnaf di Kunak
Published on: Friday, April 21, 2023
Published on: Fri, Apr 21, 2023
By: Ibrahim Tabir
Text Size:
Text:
Projek Kotak Lebaran sasar 90 pelajar asnaf di Kunak
Muhammad Izzat (empat dari kanan) bersama ahli jawatankuasa Persatuan Alumni Siswa Kunak (PASK) dan PeWaNis semasa kunjungan muhibbah di PPD Kunak.
KUNAK: Persatuan Alumni Siswa Kunak (PASK) menyasarkan untuk memberi bantuan pek makanan kepada 90 pelajar asnaf sekitar daerah Kunak menerusi Program Projek Kotak Lebaran pada tahun ini sempena sambutan Syawal.

Pengarah program yang juga Pengerusi PASK, Muhammad Izzat Danial Jum berkata, program dengan kolaborasi Persatuan Wanita Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (PeWaNis) itu bermatlamat untuk menyalurkan sumbangan berbentuk keperluan makanan kering bagi menyambut perayaan Hari Raya Aidil Fitri kepada pelajar-pelajar dikalangan golongan asnaf, fakir miskin, anak yatim dan pelajar-pelajar yang memerlukan di sekolah-sekolah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah Kunak.

Advertisement
Persatuan Alumni Siswa Kunak (PASK) yang ditubuhkan pada tahun 2020 menyediakan platform kepada mahasiswa di daerah Kunak untuk menyumbang semula sesuatu kepada komuniti.
Bagi merealisasikan hasrat ini pelbagai program telah dirancang sepanjang tahun dengan melibatkan pelbagai entiti dan agensi sebagai menjadi pemangkin untuk usaha mentransformasikan belia dan mahasiswa khususnya di daerah ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Salah satu daripada program tahunan ialah Projek Kotak Lebaran PASK yang juga dikenali sebagai Projek Indahnya Syawal yang dilaksanakan pada 2022 yang mana ia merupakan program tahunan berimpak besar yang pernah dijalankan oleh Persatuan Alumni Siswa Kunak dengan kerjasama pelbagai organisasi termasuk agensi-agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), syarikat-syarikat, tokoh-tokoh korporat dan entiti persendirian..”, katanya kepada Harian Ekspres Rabu lepas setelah melakukan kunjungan muhibbah bersama Persatuan Wanita Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (PeWaNis) Kunak yang disertai Pengerusi PeWaNis, Saniya Abdul Salam di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di sini.

“Pada tahun ini Projek Kotak Lebaran yang dijenamakan semula sebagai PASKxPeWaNis 3.0 berobjektif membantu golongan pelajar yang memerlukan dengan menyuburkan sifat prihatin masyarakat kepada mereka yang kurang bernasib baik.
Advertisement
“Program ini juga memberi peluang kepada ahli-ahli PASK dan PeWaNis untuk memberi sumbangan dalam bentuk tenaga, idea dan wang ringgit kepada para pelajar asnaf di daerah Kunak”, katanya.

Menurut Muhammad Izzat, pada tahun 2022 PASK telah bekerjasama dengan PeWaNis dan berjaya menjayakan program Projek Indahnya Syawal PASKxPeWaNis 1.0 dengan membawa semangat iltizam yang sama serta melihat kepada kejayaan perlaksanaan program-program sebelum ini.

Advertisement
“Semoga dengan program ini, sambutan Syawal sedikit sebanyak dapat mengukir senyuman dikalangan penerima bantuan yang terdiri pelajar-pelajar asnaf,” ujarnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here