Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Mahu beraya, 57 'mat rempit' serah diri selepas sembunyi dalam kebun sawit
Published on: Sunday, April 23, 2023
Published on: Sun, Apr 23, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Mahu beraya, 57 'mat rempit' serah diri selepas sembunyi dalam kebun sawit
Ihsan polis Kulai. | Facebook
JOHOR BAHRU: Seramai 57 ‘mat rempit’ sanggup menyerah diri kepada polis gara-gara hendak berhari raya selepas enam jam bersembunyi di dalam sebuah kebun kelapa sawit di KM7, Jalan Kulai-Kota Tinggi, dekat Kulai, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata kesemua penunggang motosikal yang terdiri daripada lelaki tempatan berusia 17 hingga 42 tahun itu bersembunyi di dalam kebun berkenaan sejak 3 pagi Sabtu.

Advertisement
Beliau berkata bagaimanapun seramai dua pegawai dan 13 anggota Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) yang terlibat dalam operasi itu bertindak mengepung kawasan terbabit.

“Semasa operasi dijalankan, mat rempit ini bersembunyi di dalam kawasan kebun kelapa sawit dan cuba keluar melalui jalan tikus tetapi dikepung oleh pihak polis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Akhirnya pada 9 pagi, seorang demi seorang menyerah diri kerana buntu dan tidak tahan dengan keadaan dalam kebun sawit yang panas, ditambah ada yang menyatakan lapar dan rindu juadah hari raya pertama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata susulan itu, sebanyak 140 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu dan perlindungan insurans, lesen tamat tempoh, nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan, ubah suai ekzos serta tidak memakai topi keledar.

Advertisement
Tok berkata sebanyak 39 motosikal turut disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here