Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Peniaga ditahan disyaki pukul warga emas dakwa lemang dibeli mentah
Published on: Sunday, April 23, 2023
Published on: Sun, Apr 23, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Peniaga ditahan disyaki pukul warga emas dakwa lemang dibeli mentah
Gambar fail oleh Bernama
MELAKA: Seorang peniaga lemang ditahan bagi membantu siasatan memukul seorang lelaki warga emas yang mendakwa lemang dibelinya mentah dalam kejadian di sebuah gerai di Jalan Bukit Beruang Utama, di sini Jumaat lepas. 

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata kejadian kira-kira 8 malam itu menyebabkan mangsa iaitu pesara tentera berusia 61 tahun luka di bahagian telinga kiri dan tangan kanan kerana terkena serpihan buluh lemang yang dibelah dan dirawat di Hospital Melaka.

Advertisement
Beliau berkata sebelum kejadian, warga emas itu datang ke gerai berkenaan untuk menukar lemang yang dibeli pada sebelah pagi kerana didapati masih mentah.

"Sebaik tiba di gerai berkenaan, mangsa mendakwa telah menunjukkan lemang yang beli di dalam bekas plastik kepada peniaga lemang iaitu seorang lelaki berusia 40 tahun tetapi peniaga itu tidak mahu melihatnya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
"Peniaga tersebut kemudian membelah satu daripada lemang yang dibeli mangsa dan menunjukkan lemang tersebut masak sepenuhnya sebelum berlaku pergaduhan mulut antara mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata peniaga berkenaan dikatakan bertindak memukul mangsa dengan buluh lemang di bahagian telinga kiri dan terkena pada tangan kanan sebelum mangsa beredar meninggalkan gerai.

Advertisement
Katanya siasatan awal mendapati kejadian berlaku kerana peniaga itu mendakwa mangsa mencampak lemang yang dikatakan tidak masak dalam bekas plastik kepadanya dan mahu menularkan video kejadian yang dirakam agar orang ramai tidak datang ke gerai tersebut.

Christopher berkata selain itu, peniaga berkenaan juga mendakwa mangsa telah membalingnya dengan plastik berisi lemang yang dibeli sehingga menyebabkannya berang.

Advertisement
Beliau berkata peniaga itu ditahan di tepi Jalan Kota, di sini kira-kira 12.15 tengah malam pada Sabtu dan kemudian dilepas dengan jaminan polis selepas keterangannya direkodkan.

"Kes masih disiasat lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata,” katanya.

Semalam tular menerusi media sosial video berdurasi 29 saat yang memaparkan tindakan seorang peniaga lemang memukul lelaki warga emas dengan buluh lemang selain mengeluarkan kata-kata kesat.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here