PAPAR: Seorang kanak-kanak lelaki kelainan upaya (OKU) berusia 13 tahun maut manakala rakannya dalam keadaan kritikal selepas dipanah petir ketika bermain bola sepak dekat Pekan Papar, di sini, Selasa.
Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat, sepasukan 11 anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan pada jam 4 petang.
Beliau berkata, mangsa dikenali sebagai Muhammad Zulqilfle Redzwan meninggal dunia di tempat kejadian manakala Assiy Qusyairy, 13 cedera parah dan dikejarkan ke hospital.
“Pasukan perubatan bomba dan penyelamat menjalankan rawatan pertolongan cemas kepada salah seorang mangsa sebelum dikejarkan ke Hospital Papar untuk rawatan lanjut.
“Si mati telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Dalam kejadian itu, kedua-dua remaja itu disambar petir ketika bermain bola sepak.