Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Pengusaha pelancongan komuniti luar bandar disaran sertai koperasi
Published on: Wednesday, April 26, 2023
Published on: Wed, Apr 26, 2023
Text Size:
Text:
Pengusaha pelancongan komuniti luar bandar disaran sertai koperasi
JONISTON menyampaikan sijil kepada salah seorang ahli Koperasi Pukak sambil diperhatikan oleh Matias (kiri) dan Justin.
KIULU: Pengusaha-pengusaha pelancongan luar bandar berasaskan komuniti disaran untuk melibatkan diri dalam sektor koperasi bagi mempelbagaikan penjanaan pendapatan mereka.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai, berkata komuniti kampung yang giat aktif dalam pelancongan perlu memanfaatkan koperasi yang membolehkan mereka menjalankan pelbagai peluang perusahaan.

Advertisement
“Pengusaha pelancongan berasaskan komuniti tidak seharusnya mengehadkan diri mereka untuk menjalankan perniagaan pelancongan sahaja.
“Mereka perlu memikirkan perniagaan lain yang mampu membawa hasil wang dan meningkatkan sosioekonomi mereka,” katanya pada perasmian Hari Keluarga Koperasi Pukak di sini, pada Isnin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata pengusaha pelancongan luar bandar berasaskan komuniti sudah mempunyai struktur jawatankuasa yang teratur dan boleh digunapakai apabila mereka menubuhkan koperasi sendiri.

Joniston yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kiulu, turut menyarankan agar koperasi luar bandar sedia ada juga memperluaskan fokus perniagaan kepada pelancongan yang menjadi salah satu pendapatan utama negeri serta teras pelan pembangunan Sabah Maju Jaya.

Advertisement
Tambahnya, Kiulu mempunyai 10 koperasi yang kebanyakannya menjalankan perniagaan kedai runcit dan perkakasan.

“Melalui koperasi, ia mudah untuk semua ahli memohon bantuan tertentu terutamanya daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Advertisement
“Saya sudah berbincang dengan menterinya Datuk Ewon Benedick bagaimana kita boleh sama-sama membantu komuniti kampung melalui usaha ini.

“Bagi Kementerian Pelancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar serta Lembaga Pelancongan Sabah, kita akan bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. “Kita juga akan terus membimbing koperasi yang ingin menjalan perniagaan pelancongan dan para pengusaha pelancongan komuniti yang mahu melibatkan diri dalam koperasi,” ujarnya.

Terdahulu pada majlis itu, pengerusi Koperasi Pukak, Guin Omar, menyampaikan sijil pelantikan kepada Joniston sebagai penaung Koperasi Pukak.

Turut hadir pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Sabah, Matias Kundapin, dan penolong pegawai daerah kecil Kiulu, Justin Ginduk.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here