Kota Kinabalu: Majlis perasmian Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Sarawak dan pelancaran Pesta Kaamatan akan diadakan pada 30 April 2023.Pengerusi Penganjur, Sylvester Tausin berkata acara yang pertama kali diadakan di Sarawak itu dijangka dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan.
“KDCA Sarawak yang diluluskan pada Oktober 2022 oleh KDCA pusat bertujuan untuk memelihara, mengembang dan mempromosikan budaya Kadazandusun dan pengetahuan peribumi dalam kalangan masyarakat Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR) yang sama ada menetap, bekerja atau belajar di Sarawak.
Advertisement





