Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
KM: Sabah Maju Jaya akan kukuhkan ekonomi Sabah
Published on: Thursday, April 27, 2023
Published on: Thu, Apr 27, 2023
Text Size:
Text:
KM: Sabah Maju Jaya akan kukuhkan ekonomi Sabah
Menurut Hajiji, ekonomi negeri dan negara masih sedang pulih daripada pandemik tiga tahun lalu dan Sabah amat bertuah kerana masih mampu mencatat pencapaian tertinggi dalam kutipan hasil Negeri.
KETUA Menteri Datuk Seri Hajiji Noor percaya Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) akan memulihkan dan mengukuhkan ekonomi negeri.

Beliau berkata ini diperlukan untuk melaksanakan kemajuan holistik untuk pertumbuhan yang lebih inklusif, seimbang dan saksama.

Advertisement
“Saya yakin kerajaan ini mampu melakukan perubahan, mengurangkan kadar pengangguran, membasmi kemiskinan dan sudah tentu memberi keselesaan kepada semua rakyat, insya-Allah,” katanya pada majlis berbuka puasa dan penyerahan sumbangan Ramadan peringkat Daerah Tuaran di Masjid An-Nur, Tuaran, pada 16 April lalu.

Menurut Hajiji, ekonomi negeri dan negara masih sedang pulih daripada pandemik tiga tahun lalu dan Sabah amat bertuah kerana masih mampu mencatat pencapaian tertinggi dalam kutipan hasil Negeri.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata pencapaian Kerajaan Negeri yang membanggakan itu adalah hasil kerja keras dan kecekalan penjawat awam yang komited dalam pembangunan negeri.

“Kami akan terus bekerja keras dan berusaha untuk mengukuhkan kewangan negeri selaras dengan dasar Hala Tuju SMJ. Untuk itu, Kerajaan Negeri akan terus melaksanakan dasar kukuh dan mesra pelabur yang bertujuan menarik lebih ramai pelabur datang melabur di Negeri ini.

Advertisement
“Apabila bilangan pelabur meningkat, kesan spin-off terhadap ekonomi negeri juga akan meningkat, kerana peluang pekerjaan dan perniagaan akan terbuka luas untuk direbut oleh warga tempatan,” katanya.

Hajiji berkata sejak negara bergelut dengan pandemik Covid-19 sehingga tahun lepas, Kerajaan Negeri telah meluluskan pelaburan daripada sektor ekonomi bernilai RM11.5 bilion melibatkan 89 projek yang boleh menjana 4,566 pekerjaan.

Advertisement
Dengan tambahan projek keluli hijau bersepadu bernilai RM19.6 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang yang ditandatangani November lalu, dan beberapa projek pelaburan lain yang sedang dilaksanakan, Sabah akan menerima jumlah pelaburan langsung asing dan domestik berjumlah RM33.4 bilion.

Beliau menegaskan bahawa membela nyawa rakyat adalah salah satu agenda besar kerajaan.

Pihaknya amat prihatin terhadap sebarang isu berkaitan bantuan kepada golongan memerlukan seperti anak yatim, OKU, golongan kurang berkemampuan serta mualaf.

Oleh itu, selain berpuasa, mereka juga dituntut untuk memperbanyakkan sedekah dan membantu golongan memerlukan.

“Selain sumbangan bantuan daripada kerajaan, saya amat menggalakkan mana-mana agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan atau syarikat swasta serta badan bukan kerajaan untuk menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik. Ini bagi membolehkan mereka menikmati perayaan ini bersama-sama dengan orang lain.

“Penganjuran majlis ini dengan 200 orang menerima bantuan juga membuktikan keprihatinan dan rasa tanggungjawab kerajaan untuk membantu golongan kurang bernasib baik mengurangkan beban menguruskan perbelanjaan dan menyambut Syawal dengan rasa gembira dan ceria,” tambahnya.

Menjelang Hari Raya Aidilfitri, Hajiji menyeru orang ramai supaya sentiasa mengamalkan sikap sederhana dalam berbelanja agar tidak membazir.

“Dengan berjimat cermat, ia akan mengukuhkan ekonomi keluarga dan sebagai persediaan untuk keperluan masa depan, seperti pendidikan anak-anak,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
sabahmovingforward
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here