Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah kekal 64 peratus kawasan litupan hutan
Published on: Friday, April 28, 2023
Published on: Fri, Apr 28, 2023
Text Size:
Text:
Sabah kekal 64 peratus kawasan litupan hutan
DR JOACHIM (kanan) bertanya sesuatu kepada Frederick (kiri) sewaktu meluangkan masa berjalan di atas “Skywalk” di RDC.
SANDAKAN: Sabah pada masa ini mengekalkan 64 peratus daripada keluasan negeri ini sebagai litupan hutan dalam usaha melindungi khazanah semulajadi Negeri di Bawah Bayu ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata kawasan itu juga meliputi 3.84 juta hektar atau 52 peratus keluasan negeri sebagai  kawasan yang diwartakan sebagai kawasan hutan simpan dan kawasan perlindungan lain.
Advertisement
Katanya, langkah itu juga selaras dengan komitmen Kerajaan Sabah untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan negeri ini sebagai litupan hutan negeri sejajar dengan Dasar Hutan Sabah 2018.

“Bagi memperkasa pengurusan hutan negeri dan melindungi khazanah penting itu, Sabah telah mewartakan sehingga 1.9 juta hektar atau 26.4 peratus sebagai Kawasan Terlindung Sepenuhnya. 

Pada majlis itu, beliau turut menanam anak pokok tanjung.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ia penting bagi mencapai sasaran 2.2 juta hektar atau 30 peratus daripada keluasan negeri (sebagai Kawasan Terlindung Sepenuhnya) menjelang 2025,” katanya dalam ucapan pelancaran Hari Hutan Antarabangsa 2023 Peringkat Negeri Sabah di Rainforest Discovery Centre (RDC) di sini, Khamis.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Menteri II Datuk Dr Joachim Gunsalam yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

Advertisement
Hadir sama, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir, Setiausaha Hasil Bumi, Sernam Singh, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai, Ketua Konservator Hutan Datuk Frederick Kugan dan Timbalan Ketua Konservator Hutan (Penyelidikan dan Pembangunan), Robert Ong.

Hari Hutan Antarabangsa diraikan pada 21 Mac setiap tahun yang telah disytiharkan oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu. Sambutan Hari Hutan Antarabangsa (HHA) bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan memelihara dan memulihara khazanah pelbagai hutan di seluruh dunia dan memupuk kesedaran masyarakat tentang sumbangan hutan dan ekosistem hutan kepada kesejahteraan hidup manusia. Tema untuk 2023 ialah “Hutan dan Kesihatan.”
Advertisement
Hajiji berkata Kerajaan Sabah juga sedang melakukan usaha rasionalisasi guna tanah bagi tujuan keseimbangan pembangunan sosioekonomi serta konservasi alam sekitar, sehubungan itu Jabatan Perhutanan Sabah sedang merangka satu Pelan Induk Hutan Negeri.

Beliau berkata pelan itu akan menyediakan garis panduan pelan tindakan terhadap pengurusan sumber hutan bagi tempoh 25 tahun akan datang, untuk kawasan berhutan di seluruh Sabah.

“Menerusi Pelan Induk Hutan ini kelak, Kerajaan Sabah akan memastikan semua Kawasan Ekologi Sensitif (ESA) tetap dilindungi dan tidak mengabaikan pembangunan sosio-ekonomi yang mampan untuk kesejahteraan rakyat Sabah,” katanya.

Justeru, Hajiji berkata pembangunan sektor perhutanan terutamanya ladang hutan tidak patut dilihat sebagai penyumbang kepada penyahhutanan kerana ia dijalankan mengikut pelan pembangunan hutan disahkan serta garis panduan komprehensif bagi perlindungan alam sekitar.

“Kerajaan Sabah telah mengenal pasti sebahagian kecil kawasan hutan simpan yang musnah dengan keluasan lebih kurang 400,000 hektar untuk tujuan tersebut sebagaimana termaktub dalam Pelan Tindakan Pembangunan Ladang Hutan 2022-2036.

“Pembangunan ladang hutan adalah salah satu strategi Pengurusan Hutan Mampan (SFM) bagi memulihkan produktiviti hutan terosot, untuk mengurangkan kebergantungan industri perkayuan tempatan terhadap bekalan balak dari hutan asli dan memastikan sumber bekalan bahan mentah berkekalan,” katanya. Dalam majlis itu, Dr Joachim, Frederick dan yang lain turut menanam tujuh anak pokok tanjung (Mimusops elengi).
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
sabahmovingforward
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here