Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
MP bantah patung Mazu dibina di lokasi cadangan asal
Published on: Friday, April 28, 2023
Published on: Fri, Apr 28, 2023
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
MP bantah patung Mazu dibina di lokasi cadangan asal
Verdon berkata, beliau mempunyai solusi kepada masalah itu sekiranya pembinaan patung Mazu dipersetujui kerajaan dan Mufti Sabah di atas tapak sama atas dasar tarikan pelancongan sebagaimana sering dibangkitkan sebelum ini.
KUDAT: Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda membantah jika patung Mazu dibina di lokasi cadangan asal kerana selain sempit, kawasan itu juga sering berlaku kesesakan jalan raya.

Beliau berkata, lokasi itu adalah laluan utama pengguna jalan raya ke bandar Kudat selain turut mempunyai sebuah sekolah yang bakal menambah kesesakan khususnya ketika pelajar balik sekolah.

Advertisement
“Saya tidak menyokong atau pun membantah apatah lagi dari segi perspektif agama kerana saya bukan pakar, terpulang kepada yang arif mengenainya seperti mufti Sabah untuk menilai sama ada wajar atau tidak. Namun saya tidak bersetuju jika mahu bina patung Mazu yang besar ini di tapak dicadangkan kerana kawasan itu terlalu sempit selain turut diapit dua buah hotel dan beberapa bangunan lain.

“Bayangkan, jika pembinaannya diteruskan di lokasi terbabit dengan bas-bas pelancongan besar yang ‘parking’ di situ, cukup 10 buah saja akan menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk apatah lagi kalau berpuluh-puluh bas.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Ditambah lagi dengan deretan gerai-gerai jualan kraftangan masyarakat setempat yang sudah tentu kita utamakan, akan menambahkan lagi kesesakan sedia ada hingga menyulitkan rakyat,” katanya dalam kenyataan, di sini, Isnin.

Verdon berkata, beliau mempunyai solusi kepada masalah itu sekiranya pembinaan patung Mazu dipersetujui kerajaan dan Mufti Sabah di atas tapak sama atas dasar tarikan pelancongan sebagaimana sering dibangkitkan sebelum ini.

Advertisement
Katanya, kerajaan harus menggazetkan satu kawasan di Pantai Bak-Bak sebagai tempat letak kenderaan bas-bas persiaran besar yang membawa pelancong untuk melawat patung Mazu di lokasi sebelum ini.

Pada masa sama katanya, hanya penduduk tempatan yang mempunyai kenderaan sesuai dibenarkan untuk membawa pelancong terbabit ke lokasi patung Mazu secara ‘drop off’ bagi mengelak berlaku kesesakan.

Advertisement
“Ini adalah cara terbaik sekiranya kerajaan bersetuju dengan pembinaan itu kerana selain mengelakkan berlaku kesesakan lebih teruk, ia juga dapat membantu penduduk menjana pendapatan.

“Cadangan saya ini wajar dan selari dengan aspek ‘tarikan pelancongan’ untuk menjana ekonomi setempat yang sering dibangkitkan bagi merealisasikan pembinaan patung Mazu di tapak pilihan,” katanya. Verdon turut mencadangkan supaya peniaga-peniaga terdiri daripada masyarakat setempat dibenarkan berniaga di kawasan yang diwartakan itu untuk menjual pelbagai barangan dan produk tempatan. Katanya, ia wajar kerana kawasan gazet di Pantai Bak-Bak itu lebih luas dan berdekatan laut sebagaimana disukai pelancong luar berbanding di lokasi pembinaan patung Mazu.

Kawasan gazet ini akan menjadi lokasi tumpuan menurunkan pelancong sebelum dibawa ke lokasi Patung Mazu oleh penduduk setempat, termasuk tempat jualan pelbagai barangan produk tempatan,” katanya. Dalam perkembangan berkaitan, Verdon membidas tindakan segelintir pemimpin yang sesuka hati mengumumkan pembinaan patung Mazu tanpa merujuk kepada beliau dan pemimpin setempat lain.

Katanya, beliau tidak membantah sekiranya cadangan pembinaan itu sesuai dengan matlamat dan tujuannya khususnya dalam konteks pelancongan namun ia perlu perbincangan lebih teliti dengan pihaknya.

Menurutnya, ia amat penting kerana beliau adalah wakil rakyat Kudat yang lebih mengetahui keperluan serta kepentingan rakyat di kawasan berkenaan.

“Sepatutnya rujuk dengan kita sebagai pemimpin di kawasan ini dan berbincang supaya cadangan dilakukan itu membawa kebaikan kepada rakyat bagi mengelakkan timbul sebarang prasangka negatif dalam kalangan masyarakat. Kami mempunyai toleransi tinggi dan mana-mana pemimpin luar selepas ini yang masuk ke sini umum macam-macam, terlebih dahulu tolong rujuk kepada kami kerana kami masih ‘hidup’,” tegasnya.

Verdon berkata, tanpa patung Mazu, Kudat berpotensi menjadi kawasan tarikan pelancongan kerana memiliki keunikan kebudayaan etnik serta keindahan pantainya yang memenuhi keperluan pelancong luar. Katanya, peranan kementerian berkaitan diperlukan bagi mempromosi keistimewaan itu sekiranya faktor tarikan pelancongan adalah dasar untuk menarik kedatangan pelancong luar ke Kudat.

“Kita ada lebih 10 etnik yang memiliki budaya unik tersendiri termasuk mempunyai garis pantai terindah di Malaysia sebagaimana terdapat di Simpang Mengayau dan kawasan berdekatan lain.

“Kenapa selama ini pihak kementerian berkaitan tidak pernah mengemukakan sebarang cadangan untuk mengaktifkan atau mempromosikan keistimewaan yang terdapat di Kudat ini untuk tarikan pelancongan?. Tidak semestinya kita bina patung (Mazu), baru ada pelancong datang sedangkan potensi pelancongan dimiliki kawasan ini mampu menarik kedatangan pelancong luar,” tegasnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here