Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
'Kes batuk kokol di Sabah meningkat 986 peratus'
Published on: Friday, April 28, 2023
Published on: Fri, Apr 28, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
'Kes batuk kokol di Sabah meningkat 986 peratus'
KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 76 kes pertussis atau batuk kokol  dalam tempoh Januari lepas hingga semalam iaitu peningkatan 986 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu hanya tujuh kes, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata Kota Kinabalu merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 20 kes, diikuti Lahad Datu (16), Tawau (15), Putatan (8) dan masing-masing empat kes di Semporna dan Papar.

Advertisement
Katanya Kunak dan Tambunan pula mencatatkan tiga kes manakala Sandakan, Kinabatangan serta Tuaran masing-masing merekodkan satu kes.

"Satu kes kematian direkodkan sepanjang tempoh berkenaan dan 41 kes melibatkan warganegara, 27 Filipina dan lapan kes melibatkan warga Indonesia," katanya kepada pemberita selepas sesi Townhall Kertas Putih Zon Negeri Sabah di sini hari ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata pertussis adalah penyakit cegahan vaksin yang disebabkan oleh bakteria iaitu Bordetella pertussis. 

"Kuman disebarkan melalui udara semasa pesakit bersin atau batuk dan menjangkiti mulut, hidung serta tekak. Ia boleh menjangkiti semua orang tanpa mengira usia, namun bayi dan kanak-kanak yang tidak mendapat imunisasi lengkap adalah golongan paling berisiko tinggi untuk dijangkiti.  

Advertisement
"Lazimnya mereka yang dijangkiti akan mengalami batuk berpanjangan dalam tempoh satu hingga dua minggu. Ia boleh berlarutan hingga dua bulan. Batuk yang teruk dan berpanjangan ini menyebabkan pesakit menjadi kebiruan (cyanosis) kerana tidak sempat bernafas dan keadaan ini boleh mengakibatkan sawan kerana bekalan oksigen ke otak berkurangan," katanya.

Dr Zaliha berkata sehubungan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) telah mempertingkatkan pemantauan dan pencegahan secara serius untuk memastikan penyakit berkenaan tidak menular.

Advertisement
Menurutnya langkah pencegahan pelalian merupakan cara pencegahan yang berkesan dan selamat.

"Pelalian adalah menggunakan vaksin pertussis, sekurang-kurangnya tiga dos dan diberikan secara suntikan. Pelalian diberikan kepada bayi sebanyak empat dos mengikut Jadual Program Imunisasi Kebangsaan.

"Pelalian diberi pada umur 2, 3 dan 5 bulan serta dos tambahan pada umur 18 bulan. Seseorang yang mempunyai gejala batuk perlu mengamalkan adab batuk iaitu menutup mulut dan mencuci tangan bagi mencegah penularan jangkitan kepada orang lain.

“Seseorang yang bergejala juga dinasihatkan supaya tidak mencium bayi memandangkan bayi berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan pertussis," tegasnya.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here