Fri, 3 Jul 2026
Headlines:
Bung gesa Kerajaan Sabah luluskan projek Mazu
Published on: Saturday, April 29, 2023
Published on: Sat, Apr 29, 2023
Text Size:
Text:
Bung gesa Kerajaan Sabah luluskan projek Mazu
Bung, yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah, percaya patung Mazu setinggi 33 meter itu boleh menjadi ikon daerah Kudat dan menjadi tumpuan pelancong khususnya dari luar negara.
Kota Kinabalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berharap  Kerajaan Sabah dapat meluluskan pembinaan projek Patung Mazu (Dewi Laut ) di Kudat.

Beliau percaya, projek itu mampu menyumbang ekonomi negeri, khususnya  dalam sektor pelancongan dan pada masa yang sama memberi manfaat dari segi ekonomi kepada komuniti tempatan.

Advertisement
“Selepas siap nanti, Patung Mazu tertinggi di dunia ini mampu menjadi satu lagi daya tarikan pelancongan di Kudat selepas ‘Tip Of Borneo’ Simpang Mengayau.

“Patung ini sebenarnya tidak mengganggu kekhusyukan umat Islam beribadah atau menimbulkan  senstiviti agama, apalagi merosakan aqidah.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
“Perkara sama sudah berlaku di beberapa negeri, antaranya Kelantan dan Pulau Pinang, yang tidak pun menjejaskan kehidupan masyarakat islam di negeri berkenaan,” katanya dalam kenyataan, Jumaat.

Bung, yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah, percaya patung Mazu setinggi 33 meter itu boleh menjadi ikon daerah Kudat dan menjadi tumpuan pelancong khususnya dari luar negara.

Advertisement
“Di China, berjuta pelancong datang ke tanah besar itu semata-mata ingin melihat patung Quan Yin. Jadi tidak mustahil Sabah juga akan menerima  sejumlah besar  pelancong dari luar negara setiap tahun.

“Jika kerajaan negeri melihat projek ini mampu menjana ekonomi negeri melalui sektor pelancongan, maka ia perlu diberikan pertimbangan sewajarnya.

Advertisement
“Ketepikan sentimen sempit yang menghalang gagasan Sabah Maju Jaya,” katanya.

Projek pembinaan Patung Mazu di Kudat dicadangkan hampir 20 tahun lepas oleh Ketua Menteri ketika itu, Tan Sri Chong Kah Kiat. Baru-baru ini, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Christina Liew melawat tapak itu dan menyatakan harapan supaya kerajaan memberi kelulusan untuk membangunkan semula projek itu.

Bagaimanapun, ia menerima tentangan daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan, termasuk Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia).

“Apa saja konflik pada masa lepas boleh diselesaikan secara baik untuk manfaat rakyat Kudat dan ekonominya,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here