Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah FC digesa kekal momentum
Published on: Saturday, April 29, 2023
Published on: Sat, Apr 29, 2023
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Sabah FC digesa kekal momentum
BADDROL ketika menjaringkan gol kemenangan buat Sabah FC.
Kota Kinabalu: Ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee berkata Sabah FC mesti mengekalkan momentum selepas kemenangan mengagumkan 2-1 ke atas Selangor FC di Stadium Likas pada Khamis malam.

Kemenangan menentang pasukan di tempat kedua yang belum pernah tewas dalam lima perlawanan itu juga melebarkan rekod kemenangan 100 peratus di tempat sendiri kepada enam perlawanan sejak permulaan musim.

Advertisement
Saddil Ramdani membuka jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-24 selepas kapten Baddrol Bakhtiar dikasari dalam kotak beberapa minit sebelum itu.

Gol itu seolah-olah mengganggu permulaan agresif pasukan pelawat yang pertama kali melakukan percubaan ke gawang pada minit ke-8, namun sepakan Faisal Halim itu ditepis Khairul Fahmi Che Mat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sabah FC tidak dapat menambah lebih banyak gol di sebalik mengusasi permainan selepas gol pembukaan Saddil, dan mereka dikejutkan pada babak kedua apabila rembatan Faisal dari luar kotak terkena palang dan melantun semula ke arah Khairul dan memasuki gawang pada minit ke-52.

Baddrol kemudian menjadi wira untuk memastikan Sabah FC kembali mendahului pada minit ke-66 selepas sepakan percumanya menerjah gawang.

Advertisement
“Ia perlawanan yang sangat sengit dan Selangor adalah pasukan yang sangat bagus. Kami berjaya menahan mereka terutamanya pada separuh masa pertama, di mana kami mengawal permainan dengan sangat baik.

“Pemain menunjukkan semangat juang mereka selepas melepaskan gol kerana kesilapan kami sendiri pada separuh masa kedua.

Advertisement
“Keputusan ini sangat penting untuk mengekalkan rekod kemenangan kami di Likas dan kami akan bermain perlawanan seterusnya di sini juga, jadi kami tidak boleh ambil mudah,” kata Ong selepas perlawanan.

Dia juga memuji Baddrol apabila dia dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan itu.

“Dia adalah pemain yang cukup berpengalaman dan ketua yang sangat baik bukan sahaja untuk diikuti oleh pemain tempatan, tetapi juga pemain import dan ini memberikan kelebihan tambahan kepada kami.”
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here