Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lelaki didakwa edar lebih 400g syabu
Published on: Saturday, April 29, 2023
Published on: Sat, Apr 29, 2023
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Lelaki didakwa edar lebih 400g syabu
Pertuduhan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu membawa hukuman sama ada hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekurang-kurangnya 15 sebatan, jika sabit kesalahan. - Gambar Motion Array
Kota Kinabalu: Seorang lelaki bekerja sendiri berusia 36 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini, Jumaat, atas pertuduhan mengedar 408.84 gram syabu.

Mohd Mardisyah Mohd Din didakwa melakukan kesalahan itu pada 4.15 petang 15 April tahun ini di tanah lapang bersebelahan stesen minyak di Rampayan, Manggatal.

Advertisement
Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada Mardisyah, yang hadir di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles selepas pertuduhan dibacakan kepadanya.

Pertuduhan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu membawa hukuman sama ada hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekurang-kurangnya 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pihak pendakwaan memohon tarikh sebutan baharu sementara menunggu laporan ahli kimia dan membantah jaminan untuk tertuduh kerana pertuduhan terhadapnya tidak mempunyai peruntukan untuk jaminan.

Lovely menetapkan 6 Jun untuk sebutan.

Advertisement
Mardisyah juga didakwa mengambil dadah mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan. Tiada pengakuan direkodkan daripadanya sementara menunggu laporan ahli kimia. Mahkamah menetapkan 7 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Mardisyah tidak diwakili.

Advertisement
Sementara itu, tiga lelaki dijatuhi hukuman kerana memiliki syabu.

Fasir Faisal, Bernadus dan Benre Madrang mengaku bersalah memiliki syabu masing-masing seberat 0.01 gram, 0.02 gram dan 0.76 gram, antara 3 Jan dan 28 Feb tahun ini, di lokasi berasingan di Manggatal, Inanam dan Sepanggar.

Fasir didenda RM2,700 atau penjara 10 bulan, Bernadus dipenjara sehari dan didenda RM1,700 atau enam bulan penjara manakala Benre dipenjara 11 bulan.

Ketiga-tiga mereka didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Kelvan Elson Maik.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here