Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Keputusan kes lelaki didakwa rogol, liwat adik ditangguh
Published on: Saturday, April 29, 2023
Published on: Sat, Apr 29, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Keputusan kes lelaki didakwa rogol, liwat adik ditangguh
Pihak pendakwaan telah memanggil tujuh saksi semasa perbicaraan di peringkat pendakwaan, manakala sembilan saksi telah memberi keterangan di peringkat pembelaan. Lelaki itu diperintah membela diri pada 20 April 2022 selepas mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh. - Gambar hiasan oleh Depositphotos
Kota Kinabalu: Keputusan kes membabitkan seorang lelaki berusia 24 tahun yang didakwa atas dua pertuduhan merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap adiknya, ditangguh ke tarikh lain.

Keputusan pada akhir kes pembelaan untuk lelaki itu sepatutnya pada Jumaat tetapi ditangguhkan.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa merogol adik perempuannya yang berusia 10 tahun di sebuah rumah di Kota Marudu pada 2017.

Kesalahan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara antara lapan tahun dan 30 tahun, dan sekurang-kurangnya 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memasukkan kemaluannya ke dalam dubur adiknya di tempat dan pada masa yang sama.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377A/377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Pihak pendakwaan telah memanggil tujuh saksi semasa perbicaraan di peringkat pendakwaan, manakala sembilan saksi telah memberi keterangan di peringkat pembelaan.

Lelaki itu diperintah membela diri pada 20 April 2022 selepas mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Advertisement
Di mahkamah lain, dua lelaki masing-masing dijatuhi hukuman lima tahun dan dikenakan satu sebatan kerana mengambil syabu secara berulang.

Mohd Fadzil Mohd Sidek dan E-Talip Edi mengaku bersalah secara berasingan, kepada pertuduhan terhadap mereka.

Mohd Fadzil didapati mengambil dadah itu pada 9 Feb tahun ini manakala E-Talip pada 18 Jan tahun ini selepas air kencing mereka masing-masing didapati positif dadah di balai polis di sini.

Mereka mempunyai beberapa rekod sabitan mengambil dadah.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara dari tarikh mereka ditangkap.

Selepas menamatkan hukuman penjara, kedua-dua mereka diperintahkan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here