Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pelan Pembangunan Penampang dijangka siap Oktober: Ewon
Published on: Saturday, April 29, 2023
Published on: Sat, Apr 29, 2023
Text Size:
Text:
Pelan Pembangunan Penampang dijangka siap Oktober: Ewon
EWON (duduk, ketiga dari kanan) bersama penduduk Kg Terian.
PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick berkata, Pelan Pembangunan Penampang yang dilaksanakan Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) telah dimulakan bulan ini (April) dan dijangka siap dalam tempoh enam bulan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu berkata, apabila siap kelak, pelan pembangunan itu akan menjadi dokumen penting untuk pembangunan Penampang.

Advertisement
“Saya berharap semua kampung di seluruh Penampang memberikan input kepada kandungan aspirasi rakyat yang akan dibuku dan didokumentasikan dalam Pelan Pembangunan Penampang.

“Antara input yang akan dimasukkan dalam pelan pembangunan itu ialah pembangunan jalan raya, air, elektrik, liputan telekomunikasi, pendidikan, hospital, pemilikan tanah, pembangunan keusahawanan, klinik, pelancongan dan pertanian.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Saya percaya ini akan menjadi perincian besar dalam pelan tersebut. Oleh itu saya berharap penduduk Penampang dapat memberikan kerjasama kepada IDS dan Pejabat Daerah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Santai Bersama Penduduk Kampung dan guru-guru SK Terian dan SK Buayan semasa lawatannya ke kampung berkenaan, di sini, Khamis.

Advertisement
Ewon berkata, laporan pelan pembangunan itu akan dibentangkan dalam Mesyuarat Tindakan Daerah Penampang sebelum dijadikan dokumen kerajaan, dan dijangka dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hujung tahun ini.

“Selepas itu, ia menjadi tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat Penampang untuk memastikan pelan ini menjadi input Penampang kepada Rancangan Malaysia seterusnya dan Rancangan Pembangunan Sabah,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata, pelan pembangunan itu akan memuatkan semua keperluan rakyat Penampang yang dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan berkenaan.

“Saya akan berusaha mendapatkan peruntukan sewajarnya untuk melaksanakan apa yang dimasukkan dalam pelan tersebut,” katanya.

Mengenai lawatan di Kg Terian, Ewon berkata, beliau menerima pelbagai aduan mengenai keperluan kampung itu, termasuk penambahbaikan kemudahan-kemudahan sedia ada seperti Klinik Desa, sekolah, rumah ibadat, asrama sekolah dan pusat komuniti.

Selain itu, katanya, penduduk kampung juga mahu isu-isu pemilikan tanah di kampung itu diselesaikan dan jalan raya dinaiktaraf.

“Saya meninjau sendiri bangunan Klinik Kesihatan Kg Terian, sekolah, asrama sekolah, rumah ibadat dan pusat komuniti. Saya mendapati memang ada keperluan untuk menaiktaraf kemudahan-kemudahan sedia ada, selain keperluan pembinaan baru beberapa kemudahan yang telah disampaikan kepada saya, termasuk pemilikan tanah.

“Sebagai wakil rakyat, ia tanggungjawab saya mendengar, melihat dan meneliti permasalahan dan keperluan yang disampaikan kepada saya di kampung-kampung seluruh daerah Penampang,” katanya.

Ewon berkata, beliau juga merancang untuk mendapatkan bantuan daripada agensi-agensi di bawah kementeriannya bagi melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk menambah baik kemudahan di SK Terian Penampang.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan berjumlah RM15,000 iaitu RM5,000 masing-masing untuk pembangunan gereja, sekolah dan Kg Terian.

Ewon turut merasmikan Projek Air Graviti SK Terian yang dilaksanakan Lions Club dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan yang lain.

Dalam lawatan ke Kg Buayan pula, Ewon juga menyampaikan sumbangan berjumlah RM15,000 iaitu masing-masing RM5,000 kepada SK Buayan, Gereja Katolik St Pope John Paul II dan tabung kebajikan Kg Buayan. Turut serta dalam lawatan itu, Pegawai Daerah Penampang Francis Chong, Penolong Pegawai Daerah Penampang (Pembangunan) Stanley Sikolis, wakil Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Air, Kelab WRS Penampang dan Lions Club.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here