Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lelaki maut dipercayai minum racun rumput
Published on: Saturday, April 29, 2023
Published on: Sat, Apr 29, 2023
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Lelaki maut dipercayai minum racun rumput
Ketua Polis Daerah Tuaran, DSP Noraidin Ag Maidin
Tuaran: Seorang lelaki berusia 44 tahun ditemui maut selepas dipercayai meminum racun rumput di sebuah rumah sewa di Kampung Bantayan, Tamparuli di sini, 24 April lalu.

Ketua Polis Daerah Tuaran, DSP Noraidin Ag Maidin mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian terbabit kira-kira jam 10.30 pagi pada hari kejadian.

Advertisement
Katanya, pihak polis menerima laporan daripada pengadu yang merupakan adik lelaki mangsa berusia 36 tahun selepas dimaklumkan mangsa meninggal dunia oleh pihak perubatan di hospital Tuaran.

“Bertindak atas laporan, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian dan menemui satu botol racun rumput jenama ANSAR 550 di tepi pintu bilik yang dihuni mangsa. Bahan terbabit kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran untuk bahan bukti dan siasatan lanjut,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut Noraidin, terdapat tiga bilik dan salah satunya lagi disewa seorang penghuni lain, namun ketika kejadian, mangsa hanya seorang diri manakala rakan mangsa pulang ke Kampung Bambangan, Tamparuli.

“Berdasarkan siasatan lanjut, pada jam 6.22 pagi (hari kejadian), seorang saksi lelaki berusia 39 tahun yang berada di Kampung Limbungan, Tamparuli menerima satu pesanan melalui WhatsApp daripada mangsa.

Advertisement
“Mangsa memaklumkan saksi bahwa mangsa telah meminum racun lalu saksi bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa dalam keadaan terbaring di atas katil.

“Saksi yang melihat kejadian itu seterusnya mengejarkan mangsa ke Hospital Tuaran untuk menerima rawatan namun disahkan meninggal dunia,” katanya.

Advertisement
Noraidin berkata, siasatan masih diteruskan bagi mengesahkan punca kematian dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here