Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
‘Siasat punca sebenar pembinaan Patung Mazu dihentikan’
Published on: Sunday, April 30, 2023
Published on: Sun, Apr 30, 2023
Text Size:
Text:
‘Siasat punca sebenar pembinaan Patung Mazu dihentikan’
Datuk Abdul Hakim Ghulam Hassan
Kota Kinabalu: Kajian perlu dijalankan untuk mengetahui punca sebenar pembinaan Patung Mazu di Kudat dihentikan hampir 15 tahun lalu, kata Datuk Abdul Hakim Ghulam Hassan.

Ketua Parti Gagasan Rakyat Tungku itu berkata ia perlu demi perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di Sabah.

Advertisement
“Isu ini tidak sepatutnya dipolitikkan. Gesaan untuk memulakan semula pembinaan memberi tekanan ke atas kerajaan negeri namun terdapat banyak lagi keperluan pembangunan di Sabah yang lebih mendesak.

“Kerajaan Negeri kini berdepan pelbagai tuntutan daripada rakyat khususnya menambah baik kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik dan sebagainya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sekiranya kemudahan asas yang penting ini tidak diutamakan maka harapan untuk menjadikan Sabah sebagai destinasi pelancongan menarik di rantau ini tidak mungkin akan tercapai. “Justeru itu, kemudahan yang lebih baik bukan sahaja memudahkan pelancong melawat Kudat malah ke semua destinasi pelancongan di Sabah,” katanya dalam kenyataan.

Advertisement
Mazu adalah satu inisiatif yang dibiayai pihak swasta tanpa melibatkan wang kerajaan negeri.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin baru-baru ini yang meminta kerajaan negeri menimbangkan untuk meluluskan pembinaan patung itu.

Advertisement
Abdul Hakim berkata mungkin terdapat sebab kukuh untuk pembatalan itu.

Jelasnya, penduduk Kudat melahirkan kebimbangan sekiranya pembinaan diteruskan ia akan menambahkan lagi kesesakan jalan raya sedia ada di Kudat.

Difahamkan, Kerajaan Negeri ketika itu telah menyediakan tapak alternatif untuk projek berkenaan namun tawaran itu tidak mendapat sambutan.

“Pembatalan itu perlu dihormati dan semua pihak harus mempercayai pihak berkuasa dalam membuat pendirian berhubung isu itu.

“Bagaimanapun saya yakin dengan kebijaksanaan kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyelesaikan isu ini,” katanya. 
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here