Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Annuar mohon masuk PAS, KJ ‘bersama PN’, kata Takiyuddin
Published on: Monday, May 01, 2023
Published on: Mon, May 01, 2023
By: FMT
Text Size:
Text:
Annuar mohon masuk PAS, KJ ‘bersama PN’, kata Takiyuddin
Takiyuddin Hassan berkata, Annuar Musa sudah menyatakan hasrat menyertai PAS dengan Khairy Jamaluddin memberi maklum balas ‘bersama Perikatan Nasional’.
PETALING JAYA: Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan mengesahkan bekas setiausaha agung Umno, Annuar Musa sudah memohon menyertai parti itu.

Katanya, hasrat Annuar itu akan disusuli perbincangan lanjut.

Advertisement
“Annuar ada maklumkan baru-baru ini untuk sertai PAS dan kita memang terima banyak permintaan daripada bekas-bekas pemimpin Umno untuk sertai PN (Perikatan Nasional).

“Kita akan menyusul dengan perbincangan lanjut. Kesemua mereka (bekas pemimpin Umno) itu, kita dalam proses untuk selaraskan kemasukan,” katanya menurut Berita Harian.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Annuar sebelum ini menafikan sudah bersara dari arena politik tanah air, sebaliknya menegaskan akan lebih aktif selepas ini.

Beliau bagaimanapun berahsia mengenai parti mana akan disertainya, sekadar menegaskan akan memilih parti ‘berhaluan baik’.

Advertisement
Takiyuddin yang juga ketua whip PN, berkata lebih 20 bekas pemimpin Umno dikatakan berminat menyertai gabungan berkenaan.

“Mereka boleh sertai mana-mana parti dalam PN, sama ada PAS atau Bersatu. Kita tiada halangan untuk pertimbang kemasukan mereka memandangkan tawaran dibuat kepada semua bekas pemimpin Umno, termasuk Khairy Jamaluddin,” katanya.

Advertisement
Mengulas berhubung sama ada bekas pemimpin Umno itu akan diberikan kerusi menjelang pilihan raya negeri, Takiyuddin berkata, “bergantung pada keadaan”.

“Proses pertama adalah kemasukan mereka dalam PN, sama ada mereka akan diberi kerusi (pada PRN) adalah proses kedua. Bagaimanapun saya pasti akan ada dalam kalangan mereka akan diberikan kerusi untuk bertanding PRN nanti,” katanya.

Mengenai tawaran kepada Khairy untuk menyertai PN, beliau memaklumkan, bekas ketua Pemuda Umno itu ada memberi maklum balas.

“Beliau memaklumkan akan bersama dengan kita, namun tidak dinyatakan secara spesifik. Beliau memaklumkan tidak akan bersama dengan Umno dan PH. Justeru, kita jangka beliau akan bersama dengan kita,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here