Kota Kinabalu: Sabah perlu memanfaatkan kuasa teknologi baharu untuk menangani keperluan infrastruktur dan meletakkan semula negeri di landasan pertumbuhan dan kemajuan, kata Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Negeri Phoong Jin Zhe.Beliau berkata kemajuan teknologi menawarkan pelbagai pilihan yang boleh menyediakan penyelesaian boleh dipercayai, berkesan dan jangka panjang kepada masalah bekalan air dan tenaga di Sabah.
“Kita perlu mencari bukan sahaja industri bersesuaian bagi menempatkan semula Sabah tetapi juga teknologi baharu yang sesuai untuk menyelesaikan kekurangan infrastruktur asas di negeri ini, seperti membina empangan bagi menyelesaikan masalah air kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun dan Pelantikan Persatuan Pembangunan Usahawan (PUMM) Malaysia Bahagian Sabah ke-8, Sabtu.
Advertisement





