Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Jauteh komited tambah baik infrastruktur kepolisan sempadan Sabah-Indonesia
Published on: Wednesday, May 03, 2023
Published on: Wed, May 03, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Jauteh komited tambah baik infrastruktur kepolisan sempadan Sabah-Indonesia
Acryl bercakap kepada pemberita dalam sidang media itu. Turut kelihatan ialah Jauteh (kiri) dan Shahurinain (kanan).
Kota Kinabalu: Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu Datuk Jauteh Dikun komited dalam menambah baik pembangunan infrastruktur kepolisan di persempadanan Sabah-Indonesia menerusi peruntukan khas kerajaan Persekutuan untuk negeri ini.

Beliau berkata pembinaan bangunan asas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nabawan dan IPD Kalabakan akan dapat direalisasikan sekiranya Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperoleh 20 peratus daripada jumlah peruntukan khas berkenaan.

Advertisement
“Saya juga akan meneruskan beberapa dasar dan perancangan pimpinan terdahulu terutama dari segi pembangunan infrastruktur serta pembangunan sumber manusia. Semua ini demi meningkatkan kualiti, prestasi, kecekapan dan keupayaan dalam memastikan perkhidmatan disediakan memenuhi kehendak serta aspirasi pelanggan masa kini.

“Saya juga merancang untuk mengambil peluang yang ada melalui peruntukan khas kerajaan Persekutuan bernilai setengah bilion ke atas negeri Sabah melalui pembangunan menambah baik pertahanan persempadanan Sabah-Indonesia,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas antara beliau dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah DCP Shahurinain Jais yang disaksikan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani di Dewan Auditorium Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini pada Selasa.

Jauteh berterima kasih kepada pucuk kepimpinan PDRM kerana memberi kepercayaan kepada beliau menerajui IPK Sabah dan akan berusaha melaksanakan tugas serta tanggungjawab diamanahkan sebaik mungkin demi memastikan PDRM terus menjadi agensi penguat kuasa ulung di negara ini.

Advertisement
Sementara itu, Acryl Sani dalam sidang media, berkata pengalaman Jauteh dalam bidang kepolisan diyakini akan dapat memastikan tahap keselamatan serta ketenteraman di Sabah terus terpelihara dan terkawal dengan baik, sekali gus mendorong kepada perkembangan kegiatan ekonomi lebih pantas.

“Sabah adalah negeri yang penuh dengan daya tarikan kepada pelancong bukan sahaja dari dalam negeri bahkan luar negara.

Advertisement
“Sebagai antara negeri destinasi pelancongan utama, kita (polis) sangat menitikberatkan tahap keselamatan di Sabah, baik dari segi keselamatan berkaitan ancaman jenayah atau ancaman daripada aktiviti yang boleh mendatangkan kegusaran orang ramai,” katanya.   Acryl Sani juga yakin pengalaman dimiliki Shahurinain akan dapat membantu Jauteh dalam mentadbir serta mengendalikan urusan kepolisan di negeri itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here