Kota Kinabalu: Johannes Belili merangkul dua gelaran pada Kejohanan Tenis Tertutup Sandakan yang berlangsung di gelanggang Persatuan Tenis Daerah Sandakan dari 29 April-1 Mei.
Pada perlawanan akhir acara perseorangan yang mendebarkan, dia bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan pasangan beregunya Iruwan Amboragang 1-6, 6-3, 10-8.
Pasangan berkenaan sebelum itu merangkul gelaran beregu selepas mengumpul mata terbanyak dalam perlawanan liga antara lima pasukan.
Tempat kedua disandang oleh Mohd Asyahmie Haffizie Suhaili dan Rishigeswaran A/L Uigneswaran, dengan Dr. Vickneswaran dan Stevie Alfie Silvester menduduki tempat ketiga.
Sementara itu, Presiden Persatuan Tenis Sabah, Johnson Koh dan Chin Ming Boak merangkul gelaran veteran dan di tempat kedua ialah gandingan Christopher Lim dan Rohjan Md Daud disusuli Rabahim dan Simon Wong di tempat ketiga.
Penaja utama Christopher Lim gembira dengan peningkatan jumlah penyertaan dan berharap kejohanan itu akan menarik lebih ramai pemain muda pada masa hadapan.