Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Arifin nukil lirik single baharu Ramli Sarip
Published on: Wednesday, May 03, 2023
Published on: Wed, May 03, 2023
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Arifin nukil lirik single baharu Ramli Sarip
ARIFFIN (dua dari kanan) dan Shahelmy (dua dari kiri) bersama Ramli (tengah) semasa pelancaran single Di Kubah Hayat pada majlis itu.
KEMUNCULAN ‘Papa Rock’, Dato’ Ramli Sarip dengan lagu berjudul Sejuta Wajah meruntun setiap jiwa yang hadir di Majlis Makan Malam Sentosa Di Kubah Hayat anjuran Yayasan Dangsanak Sabah (YDS), di Kota Kinabalu, Selasa.

Ditambah lagi dengan alunan indah lagu Tersendiri berunsur ketuhanan membuatkan lebih 2,000 hadirin terpukau dengan persembahan beliau yang diadakan di Pusat Konvensional Antarabangsa Sabah (SICC), di Kota Kinabalu.

Advertisement
Kehebatan Ramli yang bukan saja penghibur tetapi juga sebagai enigma kesenian itu dapat disaksikan menerusi single terbaru beliau berjudul Sentosa Di Kubah Hayat yang penuh dengan bait-bait puisi indah.

Menariknya, lirik lagu itu ditulis sendiri oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ariffin Arif merangkap Pengerusi YDS yang merupakan entiti di bawah Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Majlis dirasmikan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir. Shahelmy Yahya yang mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor itu turut dimeriahkan persembahan artis jemputan, Marsha Milan Londoh dan Fanzi Ruji.

Ariffin yang ditemui berkata, majlis itu merupakan antara program yang dilaksanakan YDS bagi mengumpul dana bagi memenuhi keperluan aktiviti kebajikan membantu golongan memerlukan.

Advertisement
Pada masa sama katanya, kutipan itu akan disalurkan terus kepada golongan terbabit terdiri daripada masyarakat Brunei melibatkan bantuan dari aspek pembangunan ekonomi dan pendidikan.

“Penubuhan YDS bertujuan meningkatkan tahap sosioekonomi masyarakat Brunei di negeri ini supaya lebih sejahtera dan maju serta seiring dan senada dengan kemajuan etnik-etnik lain di Sabah.

Advertisement
“Kita akan meneruskan usaha seumpama ini khususnya dalam membangunkan kebajikan serta pendidikan termasuk usahawan kecil golongan terlibat selari dengan inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ),” katanya.

Pada majlis itu, YDS turut menyampaikan sumbangan RM27,000 masing-masing RM3,000 kepada lima buah maahad tahfiz, tiga buah rumah anak yatim dan seorang pelajar terbaik Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) seluruh negara.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN), Datuk Seri Safar Untong; Pengerusi Majlis Makan Malam YDS, Sapdin Ibrahim serta barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDS.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here