Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
SMK Nabawan akan terima bangunan, kuarters baharu RM26.45 juta
Published on: Thursday, May 04, 2023
Published on: Thu, May 04, 2023
By: Johan Aziz
Text Size:
Text:
SMK Nabawan akan terima bangunan, kuarters baharu RM26.45 juta
Arthur (depan, keempat dari kiri) bergambar bersama pengurusan sekolah dan pelajar Tingkatan Enam selepas konvokesyen.
NABAWAN: Pembinaan bangunan bilik darjah dan kuarters guru baharu bagi SMK Nabawan bernilai RM26.45 juta akan bermula hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Arthur Joseph Kurup.

Beliau berkata, ini bagi menggantikan bangunan kuarters lama dan kira-kira RM4 juta daripada jumlah peruntukan adalah untuk pelaksanaan kerja-kerja awal.

Advertisement
“Skop projek termasuk pembinaan bangunan baharu dengan 12 bilik darjah serta kemudahan lain dan blok gantian kuarters guru (lapan unit) di sekolah itu.

“Pembinaan 12 bilik darjah ini akan memberi keselesaan lebih baik kepada pelajar Tingkatan Enam dan guru SMK Nabawan, di mana sebelum ini mereka menduduki bangunan sementara di SK Pekan Nabawan berikutan kekurangan bilik darjah,” katanya ketika merasmikan Majlis Konvokesyen Tingkatan Enam Sesi 2021/2022 SMK Nabawan di sekolah itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, projek berdasarkan keperluan rakyat mencerminkan keprihatinan Kerajaan Perpaduan dalam memastikan pelajar luar bandar tidak ketinggalan dalam memiliki infrastruktur dan persekitaran pendidikan yang selesa, bagi membolehkan mereka mencapai pembangunan kendiri yang optimum.

Beliau berkata persekitaran pembelajaran memainkan peranan penting dalam menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, membolehkan pelajar lebih fokus kepada pembelajaran.

Advertisement
Dalam pada itu, sempena majlis konvokesyen itu, Arthur mengucapkan tahniah kepada bekas pelajar Tingkatan Enam atas pencapaian cemerlang mereka.

Beliau berharap graduan serta penduduk Pensiangan dapat menyertainya dalam mencambah idea dan pemikiran untuk sama-sama memajukan Pensiangan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here