Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Kes rasuah, 6 anggota polis direman di Pahang
Published on: Saturday, May 06, 2023
Published on: Sat, May 06, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kes rasuah, 6 anggota polis direman di Pahang
Enam anggota polis direman selepas ditahan petang semalam berhubung kes meminta rasuah RM5,000, Rabu lalu. (Gambar SPRM)
KUANTAN: Enam anggota polis termasuk seorang berpangkat inspektor dari IPD Jerantut direman sehingga 11 Mei ini, bagi membantu siasatan berhubung kes meminta rasuah berjumlah RM5,000.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan hari ini, berkata perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Temerloh, Mohamed Shah Reza Noor Azman.

Advertisement
Menurut kenyataan itu, semua mereka ditahan petang semalam selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Temerloh bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu Rabu lepas, apabila dikatakan meminta suapan daripada seorang lelaki bagi menyelesaikan kes serbuan serta penemuan air ketum di rumah lelaki berkenaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Selain inspektor yang berumur 36 tahun, lain-lain anggota polis yang ditahan adalah mereka yang berpangkat lans koperal, koperal dan sarjan mejar, yang berumur antara 28 dan 46 tahun, semuanya bertugas di Bahagian Narkotik IPD berkenaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here