Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Nelayan maut dibaham buaya di Sarawak
Published on: Saturday, May 06, 2023
Published on: Sat, May 06, 2023
By: FMT
Text Size:
Text:
Nelayan maut dibaham buaya di Sarawak
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Dalat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, kata polis. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA: Seorang nelayan maut dibaham buaya ketika menebar jala dari botnya di Sungai Batang Oya di Dalat, Mukah pada 10.30 malam tadi.

Ia merupakan serangan buaya kelapan dilaporkan berlaku di daerah terbabit dalam tempoh beberapa tahun ini yang melibatkan enam kematian.

Advertisement
Ketua Polis Dalat, Saga Chunggat berkata, Roslin Madaie, 58, disambar buaya sebelum diheret ke Sungai Batang Oya.

“Kejadian terbaru berlaku kira-kira 10.30 malam tadi dan dimaklumkan orang awam yang menghubungi polis pada 11.26 malam.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Berdasarkan maklumat saksi kejadian, mangsa disambar seekor buaya ketika menebar jala dari botnya sebelum diheret ke dalam Sungai Batang Oya. Rakan mangsa yang melihat kejadian itu kemudian meminta bantuan penduduk bagi mengesannya,” katanya menurut Berita Harian.

Saga berkata, penduduk kampung berusaha mencari mangsa dengan kaedah tradisional menggunakan mata kail yang ditunda bot.

Advertisement
Katanya, selepas beberapa jam mencari, mata kail terbabit tersangkut pada mangsa yang tenggelam di dasar sungai kira-kira 12.30 tengah malam.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Dalat dan hasil pemeriksaan mendapati kecederaan pada badan mangsa hampir sama dengan kecederaan gigitan binatang buas.

Advertisement
Menurutnya, mangsa dipercayai diheret ke dalam air dan lemas.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here